Alhamdulillah settle rumah terbuka hari raya hari tu...
Sis tak nak cerita persiapan itu sebab itu kenangan pertama yang sis akan simpan dalam memori kepala sis...ahahaha. Persiapan tu yang bawa sis ke arah yang lebih dewasa dari sebelum ni yang sis tak pernah dapat, dari segi masa, tenaga dan wang ringgit. Biar ia jadi memori antara sis dgn husband😍.
Bila kita dapat jumpa kawan-kawan lama ni sebenarnya boleh jadi salah satu terapi untuk kita yang hari-hari sebelum ini adalah sama, rutin itu tidak banyak beza mungkin hanya hari ni bangun awal dan esok bangun lambat sedikit, cuma itu. Bila hari itu adalah hari yang lain dari rutin yang terbiasa maka tercipta kenangan dan memori yang buat kita rasa mahal. Happy? yes, sedar sejenak kadang nilai ringgit itu hanya pada kertas sahaja, tapi usaha untuk kenangan itu bernilai perlu dengan kertas itu walau sedikit. Itu perlu pada sis.
Datang tetamu satu demi satu mencipta ruang memori bagaimana ia datang bagaimana ia balik, yes kenangan yang akan diingat sampai tertutup mata. Cerita mengenai kehidupan ini tidak pernah habis, tidak pernah puas, tidak pernah cukup. Berjumpa dengan orang baru bagai satu tambahan episod yang baru, selepas itu hanya akan kekal dalam cerita atau pergi untuk seketika. Waktu tu terimalah kehidupan kita seadanya.
Antara pesan yang akan sentiasa diingatkan bila datang bertamu, walau aku sudah tiada satu hari nanti, jenguklah keluarga dan warisku walau bukan sedarah sedaging. tapi berkat kehadiran itu akan mengisi kekosongan keluarga yang lama kelamaan berkurang satu demi satu. Satu nasihat ini simpan dalam hati, cuma untuk keluarga aku sebab sayang.
Satu cerita yang aku dapat mereka sentiasa ada walau ada kehidupan sendiri. kadang rasa mereka tidak akan wujud lagi tapi pada kenangan itu ade sorang demi seorang dengan lenggok dan caranya sendiri. Doa hanya satu hati kita kene bersatu.
Ini nasihat yang hatinya rapuh walau jauh kita pergi jangan pernah tinggi diri, tarik yang mana di sisi, ingat hiduplah dengan realiti, tenang kan hati untuk lalui kehidupan setiap hari, cuba cukupkan diri dengan memori yang tercipta sendiri. Jangan pernah rasa gagal terduduk bagai yang lain lebih cukup berbanding sendiri sebab Allah itu kan adil yang itu kita dapat yang ini kita tak dapat dan yang lain tiada apa yg kita ada.