Assalamualaikum kowarangg.. okay tak tu?
Sempena hari Jumaat ni nak share la juga mengenai pengalaman menjadi isteri.
Menjadi isteri ini bukan mudah seperti yang
dibayangkan dan bukan lah sesusah yang dirasakan. Habistu apa? Senang ke susah?
Senang bila kita dapat pasangan yang memahami dan yang nak sama-sama hidupkan
suasana kekeluargaan, susah bila kita seorang sahaja yang memperjuangkan suasana
rumahtangga. Isteri ini hanya manusia biasa yang kadang ada sisi baik dan sisi
buruk, begitu juga pasangan. Tidak semua sempurna dan tidak semua yang kita impikan
akan tercapai, Cuma perlu pada rasa bersyukur dan baiki. Kalau tidak pasangan
yang mulakan, kita perlu mulakan, tidak jatuh martabat seseorang itu bila kita
mula mengalah pada sesetengah keadaan.
Penat? Suami perlu rasa penat dan isteri juga
perlu rasa yang sama. Jangan biarkan rasa itu hanya dirasai oleh sebelah pihak
sahaja. Jika perkahwinan itu tiba-tiba rasa kurang beban, tak de stress dan
bahagia sentiasa, mesti ada yang tak kena samaada kita tidak ambil peduli atau kita
telah meletakkan beban stress dan sedih itu pada pasangan kita. Kalau hari itu
hari yang kita rasakan tidak penat tapi rumah bersih dan kemas, baju sentiasa
ada untuk dipakai, makanan sentiasa tersedia bila kelaparan, tidur pun lena
tanpa gangguan maka jenguklah pasangan kita mana tahu dia sedang melawan rasa
penat yang terpaksa dipendam dan ada satu tahap dia perlu untuk jauh dari
keluarga untuk mencari dirinya.
Kadang isteri ini perlukan bantuan buat kerja
rumah walau sedikit berbanding dimewahkan dengan wang ringgit melainkan sudah meng
gajikan orang untuk uruskan hal rumah itu dan ini. Cukuplah mengemas meja makan
sudah buat hilang sedikit rasa beban dan penat pada hari itu. Kalau itu susah
carilah kerja yang mudah seperti mengangkat jemuran sahaja tanpa melipat kain. Itu
sahaja pintaan hati isteri. Begitu jugalah dengan isteri, suami sudah kemas
rumah, kita pula ambil tugas sidai kain. Yang lebih tugas dalam rumah itu pada
isteri kebiasaannya. Jangan tumpu pada itu tapi pandang sisi kerja rumah yang pasangan
buat tadi. Kurangkanlah mengarah pasangan malah lebih pada mengajak dan meluah
dan menghargai rasa penat.
Bukanlah menolak keras wang ringgit itu bukan
kebahagiaan tapi yang lebih menjaga emosi sebenarnya keadaan rumah yang rapi
dan tenang. Ingatlah jika kita meletakkan wang ringgit pada kebahagiaan utama
dari pasangan, kita takkan dapat masa lebih dia dengan kita. kalau kita nak
masa dia lebih pada kita, maka ringgit itu perlu dicatu dan disyukuri. Rumahtangga
perlu ada korban rasa dan tenaga bukan berjuang seorang tapi bersama. Ini baru
mengenai isteri belum kaitan ibu bapa pada anak-anak.
Kunci nya bersama dalam segala masalah dan
menyelesaikan masalah. Bersama usaha untuk bahagia bersama. Setiap konflik ajar
diri untuk komunikasi dan beralah. Bukan seorang tapi dua-dua perlu beralah.
Rasa sedih dan penat itu lumrah berumahtangga sebab kahwin ni penuh dengan
komitmen dan tanggungjawab bukan senang 24 jam. Kahwin ni sepenuh masa bukan part time.
No comments:
Post a Comment