Assalamualaikum...๐
Nak mula dari mana ye...hihihi, firstly, alhamdulillah untuk usia 4 bulan kandungan hari ini. Allahuakbar besar nikmat dan kasih sayang yang Allah bagi pada sis. Kalau nak listkan rasanya tak cukup sehari kot sebab terlalu banyak. Kadang apa yang Allah bagi ni macam tak layak rasanya, tapi sis manusia biasa rasa bersyukur sangat bila apa yang kita nak Allah bagi.
Planning awal kami suami isteri untuk ada zuriat tunggu sehingga setahun perkahwinan baru plan ada anak. Mula-mula suami tak setuju tapi sis jelaskan lah kenapa pentingnya merancang memandangkan sis pun banyak benda nak di buat sebelum ada anak. Then cik husband pun faham dan setuju lah. Masuk 5 bulan perkahwinan husband bagi tahu dia rasa tak sedap hati dengan perancangan anak dan dia pun explain la dari A to Z sebab dia kata ada yang salah dengan cara kita merancang. Husband kata kita buat biasa dan kalaulah Allah hadirkan zuriat pada ketika itu, bermakna itu rezeki kita. Kalau Allah tak bagi lagi bermakna bukan rezeki kita. Untuk anak pertama kita terima seadanya apa yang Allah dah aturkan untuk kita. Anak kedua baru fikir soal merancang sebab masalah kesihatan dan sebagainya. Dia kata sis kene percaya perancangan Allah lagi cantik dari rancangan sis...ahahhaahaha, okay fine.๐
Selepas dari perbincangan tu pun, kita berdua pun ready mental, fizikal and money untuk ada anak. Allah yang Maha Kaya hadirkan malaikat kecil ni dalam perut sis selepas raya, selepas kitorang buat open house..Allahuakbar, perancangan dan masa yang terbaik yang Allah bagi pada kami sebab kami baru lengkapkan barang rumah dan persiapan raya. Nak menangis rasanya bile check upt terus bagi tahu husband yg tengah tido lg masa tu. Die bangun pun dengan blur2 die...aahahaha.. ๐lepastu petang tu, dia cerita abg pergi keje naik moto duk memikir betul ke ni?๐ bukan dia je rasa macam tu, sis pun macam nak percaya atau tak sebab sis tak de alahan lagi masa tu.
Alhamdulillah kuasa Allah, tiada siapa yang boleh lawan kan. Kalau tanya happy ke tak? of course la happy sebab setelah merancang, Allah bagi sekelip mata macam tu je diiringi dengan usaha kami suami isteri. Soal anak ni memang dari sebelum kahwin lagi ada dalam topik sekadar merancang sahaja. Contohnya, andai kalau kita tak dikurniakan zuriat apa planning kita? andai dikurniakan zuriat awal apa planning kita? bila masa sesuai kita nak ada zuriat? semua tu dah dibincangkan untuk persediaan mental dan fizikal waktu sekarang. Kalau tanya bab usaha, sis cuma share apa sis buat untuk dapatkan zuriat.
1. Doa minta dekat Allah hadirkan zuriat walau diluar solat. doa yang selalu sis amalkan
"ุฑَุจِّ َูุจْ ِْูู ู ِْู َّูุฏَُْูู ุฐُุฑَِّّูุฉً ุทَِّูุจَุฉً ۚ ุงََِّูู ุณَู ِْูุนُ ุงูุฏُّุนَุงุۤกِ"
“Ya Tuhanku, berilah aku keturunan yang baik dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar doa.”
2. Jangan malu bertanya dengan orang yang lebih berpengalaman, jujur sis kata sis sampai tanya waktu yang sesuai untuk bersama dan sebagainya. Sis banyak tanya dekat kakak sis la, lebih pada berkongsi tips.
3. Jangan terlalu memikir soal zuriat.
4. Jangan putus usaha dan berbincang dengan suami
5. Sis amalkan doa dan zikir untuk dapatkan zuriat .. ya Bari', ya Musawwir, ya Razzaq. zikir ni memang tak putus sis baca lps solat, time buat keje dan time dalam kereta. always okay.. sebab ape kene always baca. bila kita nak minta sesuatu dengan Allah, usaha kita kene lebih lagi, usaha kita kene menunjukkan memang kita nak sangat-sangat...
6. Sadaqah, amalan ni husband sis yang ajak dan buat sebab bila dia bersedekah, dia akan minta org tu doakan sis pregnant termasuk bagi makan haiwan. Setiap kali dia bagi makan haiwan dia akan cakap doakan aku dikurniakan anak.
Dari segi kewangan pula macam mana nak uruskan lagi-lagi nak ada anak. Perbincangan dengan suami penting. Kalau macam sis kewangan khas untuk baby dah start dari awal sis dapat tahu sis pregnant. Itu sahaja usaha yang mampu sis buat, rezeki lain hanya tawakkal sahaja pada yang Maha Kaya. Apa yang penting setiap apa yang kita buat mestilah sederhana. Sambungan cerita ni sis dan 6 bulan dah..ahahaha.. sis nak share alahan dan ujian mengandung tapi tak de mood pulak๐ฃ. Next sis share persiapan barang baby pula okay..๐
DREAMING BECOME TRUE
No comments:
Post a Comment