Asslamualaikum kowranggg...
Sekarang tengah musim hujan ni, sendu je nak menaip. ahahaha. Tiba-tiba dalam kepala ni nak share macam mana sis mula memakai skincare. Ye lah dulu kan tak berapa nak aware sangat dengan skincare ni lagi-lagi dulu tak de media sosial sangat.
Nak cerita awal nya, kulit sis break out time umur sis 14 tahun, tumbuh jerawat halus banyak dekat dahi, merah-merah. Kalau cakap pasal confident, memang tak confident la citer die lagi-lagi kalau bercakap dengan orang face to face. Masa tu sis cuma pakai fair&lovely, lpstu tukar safi la, main beli je.ahahaha, kan dah mendapat.
Masa tu sis ambil keputusan untuk stop guna sebarang skincare, so muka sis jadi togel, memang tak de secalit pencuci atau krim. Alhamdulillah getting better, then, dapatlah detect kulit sis ni sensitive. Sebenarnya mula-mula tu tak de pon sensitive tapi sebab dah banyak guna produk yang bukan-bukan tu jadi sensitive. lagi satu, kalau sis share jangan rasa cliche pulak tapi ni pengalaman sis sendiri, sis dah buat dan rasa hasilnya. Antara petua sis amalkan dulu selalu berwudhu' dan time part basuh muka, doa dalam hati, 'ya Allah kau hilangkan penyakit ini(jerawat) ini dan naik kan seri muka ku'....alhamdulilllah cuma itu je yang sis amalkan.
Masuk alam universiti, dengan environment yang berubah, hormon pun tak stabil sebab sibuk belajar, stress ape semua tu, muka start break out balik. Kali ni sis nak ikhtiar guna produk pula tapi tak berani. Sis pun duk google cara natural skincare, alhamdulillah okay sangat, rasa ringan je. Bahan-bahan natural skincare:
Pencuci/scrub
1- tomato
2- gula
dah lumur kat muka rata biarkan 5 ke 7 min baru bilas. lepastu korang lumur bahan kat bawah ni sebagai masker.
masker
1- putih telur
2- lemon/limau
biarkan sampai kering then basuh guna air bersih then sis ambil ais batu balut guna kain atau tisu tekap dekat liang pori yang terbuka.
ya memang agak renyah tapi masa tu sis terlalu banyak masa..ahahaha so sis buat smpi orang tegur nampak berseri-seri. cara ni sis bertahan sampai masuk belaja degree, lepastu dah tak sempat nak buat bahan semulajadi mcm ni. Apa yang sis cari adalah pencuci muka yang sesuai dengan kulit sis, kalau boleh sis tak nak try produk yang susah cari macam jual di online sahaja sebab sangat lah menyusahkan sebab sis tak rajin nak stock up balik then kene tunggu shipping lagi kan. Then, alhamdulillah sampai sekarang sis masih guna pencuci Simple yang warna hijau tu, sis guna yang 1 set tu ada pencucui, toner, moisturiser.
Pencuci ni memang sesuai untuk kulit berminyak macam sis sebab dia tidak terlalu mengeringkan kulit and lepas pakai, sis rasa kulit rasa lembab je. Korang boleh cari dekat watson atau guardian and certain pharmacy memang ade jual. Jerawat kecil pun lama-lama hilang.
Mosturiser die pon best, tapi macam akak sis try ni kulit die rasa panas so sebenarnya depends pada kesusaian kulit korang jugak sebab setiap kulit orang kan berlainan demand. Kalau macam kulit sis memang sesuai sebab selepas pakai mooisturiser ni, sis akan rasa kulit sentiasa lembap and tak kusam dan sis akan pakai dalam kuantiti yang sedikit je.
Ni toner die, benda paling best bagi sis sebab rasa fresh je kulit, yang ni pon tak perlu pakai banyak-banyak, Cara sis pakai terus lumur je kat muka, sis tak suka letak kat tisu atau kapas dulu ke sebab bagi sis membazir bila dia dah serap tu. So, sis letak kat tangan then terus sapu kat muka. Tona kulit pun jadi sekata tak de la gelap sana cerah kat sini..haaa gitew
Okay habis cerita produk simple ni, sis nak share ubat jerawat pulak sebab kulit sis normal kalau nak period je mula lah keluar miss J ni. geram je kite ni nengoknye. So, solutionnye kene cari ubat jerawat supaya tak melarat atau sakit.
Mula-mula pakai Hiruscar, agak okay sikit tau tapi lama-lama kulit demand yang lain pula, lagi satu Hiruscar ni berkesan tapi agak lambat sedikit then dia akan tinggalkan parut, terpaksa la try yang lain, Roommate pun suggest Tidact, ni pun okay untuk kulit sis tapi sekejap je la sebab sama juga mcam Hiruscar then latest product yang sis pakai sampai sekarang ubat herba cina nama dia Tjhhyml beli dekat kedai runcit rumah sis, Ya Allah terus serasi, ni yang ke 4 repeat, ubat ni dekat tempat gatal-gatal pun sesuai pakai, memang cepat je jerawat kecut and tak tinggalkan kesan parut. Dah alang-alang cerita pasal skincare ni, untuk body lotion, sis pakai Rosken Skin Repair setelah bermacam lotion dari jenama Sebamed dan Vaseline pun kulit sis tak serasi sebab kulit terdedah dengan aircond jadi terlampau kering sampai luka-luka. Rosken setakat ni sis dah repeat 2 botol besar maknanya apa? serasi la dengan kulit sisπ
Apapun skincare ni sebenarnya kena try and error tapi yang penting korang kene search juga kandungan produk, sekarang kan ade google. break out tu normal tapi jangan sampai memudaratkan sebab tu penting buat research, baca review dulu. Nak selamat korang try la product dekat drugstore. Sampai sini je la ye sis share, kita jumpa lagi next sharing pulak
Btw, ade je lagi skincare lain yang sis guna tapi masih dalam try and error juga nanti sis share okay .
DREAMING BECOME TRUE
No comments:
Post a Comment