Lagi 2 bulan dah nak setahun usia perkahwinan
sis dgn husband. Makin dekat tarikh anniversary makin rindu nak bercuti berdua.
Malas nak cerita panjang tapi nak share tempat bercuti tahun lepas, macam
biasalah sebelum bercuti mesti dalam otak ni duk fikir tempat yang best dan
berbaloi dengan harga. Kalau sis tak suka tempat yang crowded dan tempat yang
jauh berjalan nak pegi satu tempat ke tempat yang lain. Mula2 dah give up nak
fikir terus cakap dengan husband kita pergi Cameron highland atau pangkor je la
sebab tu je la tempat yg pernah pegi then dah tahu tempatnya macam mana senang
sikit, kurang memikir nak mkn kat mana, tidur kat mana kan. Husband pulak jenis
yang demand sikit kalau bercuti tapi tak nak memikir, geram pulak.
Di pendekkan cerita, sebelum pergi bercuti, sis
la duk siang malam search google dengan tengok youtube review tempat tempat
bercuti. So kalau tengok review ni puas hati sikit sebab diorg buat video mesti
ikut kepuasan hati diorg. Lepas tu laki sis ni nak tempat bercuti yang boleh
memancing, mmm tu la hobi dia. kita ni melayan je la. Lepastu jumpa lah orang
review avillion Port Dickson tu boleh memancing and tempat dia memang cantik.
Ni cara korang nak booking avillion.
First masuk kat website die https://www.avillionportdickson.com/
Jangan booking dekat apps trivago ke,
booking.com ke. Jangan tau sebab kalau korang nak bercuti mana-mana better
pergi dekat website dia supaya mudah kalau terjadi apa2 macam nak claim ganti
rugi ke apa2 lah.
Lepastu korang boleh tengok dalam website tu
jenis penginapan tidur kat sana dengan harga sekali. Masa sis pergi tu sis amik
yg agak pricey sikit premium water chalet 3 hari 2 malam. Oh btw kalau korang
memang nak bercuti kat sini, korang amiklah 3 hari 2 malam sebab memang best
tempat dia dan korang ade masa untuk rehat2 kan badan tak de lah tergesa-gesa
kejar masa. Kenapa agak pricey sebab nya chalet ni mengahadap laut so bangun
pagi tu memang depan korang laut tak de la korang bukak tingkap nampak bilik
lain.
Bila korang dah booking semua tu, kalau keluar
tu kene bayar kan, better korg pilih pay now tapi bukan bayar time tu jugak pon. Then die akan hantar email la
kat korang, lpstu bila tak deduct dari account ni kalau korang cancel tak de la risau die ambil
percent ke apa.
Rasa-rasa nak share ke apa kene bawa? Rasanya tak
payah la kot tapi yg penting kalau nak mancing ke tangkap ketam ke better bawak
sendiri peralatan memancing tu sebab kat sana kene sewa, mahal. Bende boleh
jimat kita jimat.
Nanti hari yang korang check in tu korang sebut
je booking under nama sape then kalau booking dekat website dapat free
breakfast dekat restaurant die dan hi tea 2 hari dekat avi lounge kalau korang
book 3 hari 2 malam la. Avi lounge ni spa atas die café lepastu ada tempat
duduk cantik giler berlatar belakang kn laut. Korang bertapa la kat situ sambil
tgk sunset. Dessert kat situ free dan sedap, makan sampai kenyang. Oh lg satu kalau
korang book dekat website korang akan dapat discount 11% off. Lagi satu sis nak
puji service dia tip top kalau barang korang banyak kan dia ada service angkat
kan barang korang sampi bilik la.
Habis cerita check in, nak sambung pulak
aktiviti kat dalam tu pulak. Dalam ni korang boleh nampak mini zoo tapi tak
banyak haiwan la dalam tu. Selain tu, korang akan nampak swimming pool. Kalau
untuk budak2 pon ada tapi jauh sikit dari pool orang dewasa la then ada karoke
jugak tapi sis tak sure bayar ke tak sebab tak masuk. Then,yang minat memancing
tu boleh lah mancing area chalet tu, yang penting tangkap la ketam. Memang sedap
ketam tu bila balik terus masak lemak sebab fresh.
ni antara aktiviti sis sepanjang 3 hari 2 malam
3.00 pm - check in
4.00 pm - keluar cari umpan mancing dengan tangkap ketam
6.30 pm - hi tea dekat avi lounge (free)
9.00 pm - keluar dari resort cari makan, makan steamboat (nama kedai x ingat😅
10.30 pm - rehat dekat bilik (laki sis mancing dpn bilik je)
Hi-tea dekat Avi lounge
esoknya:-
10.30 am - keluar jalan2 dekat resort nak p sarapan tu singgah jap mini zoo
11.30 am- breakfast
jalan2 dekat resort
5 pm - keluar pegi pasaraya lagi cari umpan
6 pm- mandi pantai
7 pm - hi tea dekat avi lounge (free)
lps maghrib duk bilik santai-santai (laki sis macam biasa mancing dpn bilik
Makan steamboat kat luar
Aktiviti tangkap ketam
esoknya
10.00 am - breakfast
11.30 am - mandi dekat swimming pool
12.00 pm - check out
No comments:
Post a Comment