Purple: June 2022

Tuesday, June 28, 2022

JIHAD SEORANG ISTERI

 Assalamualaikum kowarangg.. okay tak tu?

Sempena hari Jumaat ni nak share la juga mengenai pengalaman menjadi isteri. 

Menjadi isteri ini bukan mudah seperti yang dibayangkan dan bukan lah sesusah yang dirasakan. Habistu apa? Senang ke susah? Senang bila kita dapat pasangan yang memahami dan yang nak sama-sama hidupkan suasana kekeluargaan, susah bila kita seorang sahaja yang memperjuangkan suasana rumahtangga. Isteri ini hanya manusia biasa yang kadang ada sisi baik dan sisi buruk, begitu juga pasangan. Tidak semua sempurna dan tidak semua yang kita impikan akan tercapai, Cuma perlu pada rasa bersyukur dan baiki. Kalau tidak pasangan yang mulakan, kita perlu mulakan, tidak jatuh martabat seseorang itu bila kita mula mengalah pada sesetengah keadaan.

Penat? Suami perlu rasa penat dan isteri juga perlu rasa yang sama. Jangan biarkan rasa itu hanya dirasai oleh sebelah pihak sahaja. Jika perkahwinan itu tiba-tiba rasa kurang beban, tak de stress dan bahagia sentiasa, mesti ada yang tak kena samaada kita tidak ambil peduli atau kita telah meletakkan beban stress dan sedih itu pada pasangan kita. Kalau hari itu hari yang kita rasakan tidak penat tapi rumah bersih dan kemas, baju sentiasa ada untuk dipakai, makanan sentiasa tersedia bila kelaparan, tidur pun lena tanpa gangguan maka jenguklah pasangan kita mana tahu dia sedang melawan rasa penat yang terpaksa dipendam dan ada satu tahap dia perlu untuk jauh dari keluarga untuk mencari dirinya.

Kadang isteri ini perlukan bantuan buat kerja rumah walau sedikit berbanding dimewahkan dengan wang ringgit melainkan sudah meng gajikan orang untuk uruskan hal rumah itu dan ini. Cukuplah mengemas meja makan sudah buat hilang sedikit rasa beban dan penat pada hari itu. Kalau itu susah carilah kerja yang mudah seperti mengangkat jemuran sahaja tanpa melipat kain. Itu sahaja pintaan hati isteri. Begitu jugalah dengan isteri, suami sudah kemas rumah, kita pula ambil tugas sidai kain. Yang lebih tugas dalam rumah itu pada isteri kebiasaannya. Jangan tumpu pada itu tapi pandang sisi kerja rumah yang pasangan buat tadi. Kurangkanlah mengarah pasangan malah lebih pada mengajak dan meluah dan menghargai rasa penat.

Bukanlah menolak keras wang ringgit itu bukan kebahagiaan tapi yang lebih menjaga emosi sebenarnya keadaan rumah yang rapi dan tenang. Ingatlah jika kita meletakkan wang ringgit pada kebahagiaan utama dari pasangan, kita takkan dapat masa lebih dia dengan kita. kalau kita nak masa dia lebih pada kita, maka ringgit itu perlu dicatu dan disyukuri. Rumahtangga perlu ada korban rasa dan tenaga bukan berjuang seorang tapi bersama. Ini baru mengenai isteri belum kaitan ibu bapa pada anak-anak.

Kunci nya bersama dalam segala masalah dan menyelesaikan masalah. Bersama usaha untuk bahagia bersama. Setiap konflik ajar diri untuk komunikasi dan beralah. Bukan seorang tapi dua-dua perlu beralah. Rasa sedih dan penat itu lumrah berumahtangga sebab kahwin ni penuh dengan komitmen dan tanggungjawab bukan senang 24 jam. Kahwin ni sepenuh masa bukan part time. 

Weaning Off Journey

  Haishh dah lama sis tak menaip Topik kali ni more to parenting journey. sebab life sis dari single, wife, and now dah jadi mom to beloved ...