Hi kowranggg!!!
Harini genap 4 bulan 13 hari umur anak sis, bila die dah besar sikit ni rasa macam eh betul ke aku dah bersalin dah ade anak ni, hihihi. Alhamdulillah Allah mudahkan proses bersalin secara normal. Korang nak tahu tak berat baby berapa? Doctor pun tak sangka baby sebesar ni normal sebab scan hanya 3.3 kg. Apepun thank you sangat Dr Asmah sbb menjaga sis dari pregnant sampai bersalin.
Waktu sis mengandung boleh sis kata banyak ujian dan cabaran sebab macam-macam result keluar setiap kali balik dari check up. Stress tak? Of course stress nyahhh, banyak air mata dah keluar sepanjang mengandung. Hanya Allah yang tahu segala perit jerih bawa perut selama 9 bulan dan sudahnya, Allah hadiahkan proses bersalin yang mudah. Alhamdulillah...
Due date sebenarnya 6/2/2023 tapi seminggu sebelum dari due date tu sis dah kerap rasa sakit, org kata false contraction. Jujur la ye sis sebenarnya tak suka dalam fasa tu sebab keluar masuk hospital semata nak check betul ke nak bersalin ni...ahahaha, nak pula sis ni first time mom to-be so, tak tahu sakit contraction tu macam mana. Husband la jenuh nak melayan sis ni pegi balik hospital.
Dipendekkan cerita 31/1 /2023 adalah tarikh sis checkup dekat KPJ, ohh btw, sis ade dua checkup dalam masa sebulan, satu dr klinik gov satu lg dr private sebab anak first kan kene la buat dua-dua. lg stress kan gitu sebab sis kan bekerja banyak la cuti nyerr dengan perasaan serba salah dengan majikan lg... waaaaa nangis bila teringat balik. Malam tu sebenarnya dah pegi emergency sbb rasa contraction, check bukaan baru 1 cm, esok pagi pergi checkup, Dr check bukaan masih 1 cm lg tapi Dr minta izin untuk stimulate supaya cepatkan bukaan.
Balik je dari hospital sis dah start kerap sakit contraction, lpstu duk terfikir macam ni rupenye sakit contraction...ahahhaha. Malam pula ikut husband buat keje part time repair hp dekat rumah mak mertua sis, mak mertua berborak dengan sis sampai sis tak fokus ape yg diceritakan sebab dah terlalu sakit, Lepastu disuruh makan dulu pun sis tak rasa apa itu nasi, Sis pun cakap dengan husb jom la pegi hospital dah sakit sangat ni. Husb sis pun dengan tenang ye die siapkan job die dulu, maybe sebab die dah biasa asyik sakit pegi hospital at the end tak de pape kan. Sis pun baring la kan belakang die menahan sakit, mak mertua sis pun buatkan air milo panas.
Sampai hospital, check bukaan dah 3 cm terus warded. Bila dah warded, sakit makin kuat dan kerap dan alhamdulillah juga bukaan cepat setiap 1 jam 1 cm. Nasib baik sempat tengok video dekat youtube cara pernafasan untuk cepatkan bukaan bila rasa contraction. Alhamdulillah menjadi. Bila sampai 7 cm terus ditolak dalam labour room, masa ni sis dah tak de perasaan takut, cuma rasa sakit dan cepat nak keluarkan baby je😅. Dalam labour room memamng ambil entonox gas je la menahan sakit. Dah sampai 9 cm sis bagi tahu nak teran, nasib baik nurse baik die suruh mengiring dan teran, Sis share link video untuk mempercepatkan bukaan yang sis tengok
https://www.youtube.com/watch?v=bYw5v6smUIE
Dr sampai je terus la sis ni duk teringat cara nak teran dengan betul cuma masa tu kepala baby senget dari laluan jalan keluar, so, terpaksa vacuum. Alhamdulillah 1/2/23 jam 11 pagi lahirlah anak lelaki dengan berat 3.8kg vacuum delivered. Selepas je baby keluar baru lah terasa Dr jahit sebab sis banyak luka dekat dalam sis pun tak berhenti baca doa
'لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
Selepas melahirkan bermula lah ujian baru kene hadap dan trauma sampai sekarang. Apepun sis sangat berterima kasih dekat husband yang sentiasa di sisi dari awal sampai akhir. Suami yang saksi keperitan sis bersalin dan yang paling sedih dia cakap keluar banyak sangat darah. Hanya Allah dapat balas jasa abang. Love you sooo much abg😍
DREAMING BECOME TRUE