Purple: September 2023

Sunday, September 24, 2023

TRAVEL WITH KIDS

 Assalamualaikum korang....

Sihat tak tu? sis dah lama tak mem'blog', hihihi. Posting kali ni sis nak share pengalaman bercuti dengan kanak-kanak ribena. Cuba korang teka tempat bercuti kali ni dekat mana?. Special nya adalah tarikh yang kami pergi adalah nak dekat tarikh anniversary yang ke-2 . Alhamdulillah rezeki dapat bawa saif dengan zinnirah sekali. Planning bercuti kali ni kami prepare 2 bulan awal sebab first time bawa anak-anak so keperluan diorang dulu mesti kene cukup dan rapi. Bukan macam dulu main redah je, asal nak pergi terus shoot gerak, tak bawa baju pun tak pe, perangai husband sis sangat. 

Bila travel dengan Saif ni sis dah start search google tips2 bawa baby bercuti, keperluan dia, haishh ghisau kadang-kadang tapi sis ada cakap dengan husband bercuti kali ni jangan expect semua smooth okay, kita kene bersedia apa-apa kemungkinan yg terjadi mengikut mood Saif. Husband pun okay je dia kata 'abang dah ready memang nak layan perangai saif je kat sana sebab seronok nak tengok reaction dia"

Btw, Zinnirah catagory toddler 4 tahun yang dah faham arahan dan suka meng 'explore'. Saif pula infant baru 8 bulan yang baru belajar berdiri dan masih makan makanan baby. So, sis dah siap tanya mommy zinnirah perangai, keperluan, keselesaan dia. Saif pula sejenis waktu tidur dia jangan kacau, kalau lari waktu tidur, dia akan mengamuk, ikut perangai sape la ni?😂. Preparation zinnirah mommy dia yang uruskan.

Preparation Saif.


Antara aktiviti  kanak-kanak ni:-

mandi swimming pool



masuk cabin kids 


sarapan sambil bagi makan merak



si kecik gian nak berdiri


Mandi pantai

Kitorang check in 3 hari 2 malam di Avillion Port Dickson. Saif pun okay je bercuti, tak de meragam, mungkin sebab kitorg dah planning awal dan dah tahu tempatnya macam mana, so boleh la adapt dengan budak-budak punya jadual. Tipulah kalau tak risau Saif mengamuk sebab dia kalau mengamuk lain maciam..ahahaha.tapi alhamdulillah dia tak mengamuk dari pergi sampai la balik.Byw, husband sis banyak tolong dari awal smpi habis. yang penting kerjasama, baru la tak stress. Sis bersyukur gila husband sis jenis tak kekok urus zinnirah dari melayan dia bercakap, mandi, urusan toilet, ikat rambut, buat susu n tidurkan dia.  thank you abg ats penat lelah abg tolong syg itu ini. kami tak mengaharapkan untuk rehat dengan percutian ni sebab dah ada anak cuma nak budak-budak happy. Lagi satu jgn panic kalau budak meragam cuma perlu layankan dia je. lagi satu jaga waktu tidur anak, jangan biarkan dia overtired sebab tu kami ambil 3 hari 2 malam supaya tenang-tenang dan tak rushing. Pssst, balik bercuti sis turun sekilo..ahahaha, so boleh bayangkan tak macam mana urus anak smbil bercuti.

kami seronok? anak happy mak pak nya pon happy. penat? Penat dari yang biasa tapi puas. apapun doakan keluarga kecil kami sentiasa sihat.


Weaning Off Journey

  Haishh dah lama sis tak menaip Topik kali ni more to parenting journey. sebab life sis dari single, wife, and now dah jadi mom to beloved ...