Purple: March 2025

Friday, March 7, 2025

Weaning Off Journey

 Haishh dah lama sis tak menaip

Topik kali ni more to parenting journey. sebab life sis dari single, wife, and now dah jadi mom to beloved son Saif.

Sharing hari ni sis nak tukar sis pada ummi supaya senang untuk atur ayat. Bulan feb 2025 genap saif dua tahun. ummi planning untk wean off saif tapi macam2 ummi fikir dan begitulah mak-mak kan. Sebenarnya jadi mak ni bukan senang tau, kalau nampak tenang tu maknanya nikmat Allah bagi setelah banyak journey yang dia lalui

Sebelum wean off, sis ada bincang dengan husband kebaikan dan keburukan dan of course lah kitorang banyak bertanya orang yang dah berpengalaman. Side mertua semua random sebab diorang natural, wean off pun tunggu masa sahaja sama juga proses potty train. Side sis pula banyak tips nya, dan open kalau sis nak wean off pun boleh, tak nak pun boleh tunggu sampai saif tak nak sendiri.

Setelah banyak memikir, ummi and babah saif decide untuk tak wean off sampai la naturally saif tak nak. Tapi beberapa hari sebelum puasa, ummi ganti puasa then balik lunch hour susukan saif. Saif okay je . after office hour ummi balik, Saif muntah2 macam air paip, dia minum air pun muntah air sampaikan dah tak de isi nak dikeluarkan. 

Babah balik je, ummi ajak pergi beli bubur sebab kalau tunggu ummi masak nanti lambat. Dah beli bubur, ummi bagi makan saif dalam kereta, saif makan 2 ke 3 suap die muntah balik. Ummi fikir saif masih ade keinginan nak makan tapi perut dia tak menerima, so ummi terus ajak pegi klinik.

Malam tu duk memikir saif ada jatuh ke atau salah makan. Tibe-tibe husband cakap mungkin susu sebab sis kan puasa. boleh jadi kan. Sejak dari tu, ummi decide untuk wean off sebab nak masuk bulan rmadhan takkan nak skip lagi macam tahun lepas kan. Ummi cuma think positive, dah sampai masanya dan saif pun dah sampai umurnya. Jadi Allah dah tunjuk, ummi tinggal usaha.

Wean off journey tak mudah untuk ummi dan saif. Ummi bermain dengan emosi dan perasaan and saif kene belajar faham dan ini adalah salah satu proses pembesaran dia. Sebelum wean off, ummi cari tips and cara dekat google. Tekad ummi kuat kali ni. Malam pertama training wean off, Ummi gagal sebab ummi guna cara bercakap dan fahamkan dia tapi dia kan masih belajar dan saif cakap 'umi nak sikit aje'. Ummi pun cair dengan kata-kata dia then bagi je la. Malam kedua, ummi try guna cara lama letak asam jawa, Saif terus tak nak.

3 ke 4 hari masih train dia tiba-tiba dia demam. Ummi rasa dia rindu kot, mungkin sangat mengejut untuk dia. sepatutnya ummi kene buat step by step tapi sebab lagi berapa minggu nak masuk bulan Ramadhan, ummi rushing sikit. Ummi juga buat ni untuk kebaikan bersama. Saif lebih banyak belajar dan pinggang ummi tak sakit, tak de risiko kalau ummi sakit saif pun berjangkit. Itulah harapan ummi. Saif demam sehari je untuk pulihkan balik emosi dia, ummi bagi bf tapi tak lama. Esoknya dia okay dan dia belajar dan akan cakap dia dah besar tak boleh susu ummi. Macam biasa lah ummi akan rasa bersalah dan rasa betul ke jalan yang ummi pilih ni tapi hati ummi kuat memang nak wean off cuma perlu sedikit kebaran lagi

Sebagai tanda menghargai dan support saif, ummi babah layan je emosi dia, Jangan cakap lah macam mana saif punya emosi time tu, hanya Allah yang tahu. Saif takkan emosi nak bf tapi semua benda dia beremosi contohnya barang yang dia pegang jatuh ke, dia akan menangis and tantrum la. Tapi kalau dia nak bf , ummi takkan biarkan dia menangis sampai mengamuk tapi ummi akan banyak memujuk sampai dia faham. Kalau dia dah sampai tahap nak sangat bf tu, ummi bagi je la tapi ummi tahu dia cuma rindu buakan nak sangat pun. Memang dia akan bf tapi takkan lama. 

Yela kan budak ni dia belum tahu maksud kepunyaan, yang dia tahu apa yang dia nak dia punya. Tak lupa juga ummi babah pun bawa pegi jalan-jalan and belikan botol susu baru. Alhamdulillah dia happy dan hari ni saif dah wean off sepenuhnya. Saif ambil masa 2 minggu untuk wean off.


Tips wean off

1- Umur 1 tahun lebih kene selalu cakap dengan anak yang dia akan putus susu ibu. 

2- Sampai masa untuk wean off, ibu perlu skip masa susu contohnya, lepas maghrib selalu dia menyusu, skip waktu tu dan waktu sebelum tidur baru bagi dia susu.

3- Sediakan stok makanan sampingan di rumah macam saif berapa hari dia akan terjaga pukul 3 ke 4 pagi minta makan. ummi cuma masakkan dia yang simple2 contohnya bihun goreng, macaroni, mee, roti dan macam2 lagi.

4- Minta pertolongan dengan husband untuk sama-sama lalui proses ni, Saling berpesan untuk sabar melayan emosi saif dan ummi. 

5- Sentiasa fikir positive dan banyak doa supaya Allah bantu mudahkan proses ni untuk kebaikan ibu dan anak.


Tahun depan, Saif perlu melalui fasa potty train. Ummi sentiasa ada untuk saif jadi anak yang independent and boleh bawa diri dengan jagaan Allah.




Weaning Off Journey

  Haishh dah lama sis tak menaip Topik kali ni more to parenting journey. sebab life sis dari single, wife, and now dah jadi mom to beloved ...