Purple

Friday, March 7, 2025

Weaning Off Journey

 Haishh dah lama sis tak menaip

Topik kali ni more to parenting journey. sebab life sis dari single, wife, and now dah jadi mom to beloved son Saif.

Sharing hari ni sis nak tukar sis pada ummi supaya senang untuk atur ayat. Bulan feb 2025 genap saif dua tahun. ummi planning untk wean off saif tapi macam2 ummi fikir dan begitulah mak-mak kan. Sebenarnya jadi mak ni bukan senang tau, kalau nampak tenang tu maknanya nikmat Allah bagi setelah banyak journey yang dia lalui

Sebelum wean off, sis ada bincang dengan husband kebaikan dan keburukan dan of course lah kitorang banyak bertanya orang yang dah berpengalaman. Side mertua semua random sebab diorang natural, wean off pun tunggu masa sahaja sama juga proses potty train. Side sis pula banyak tips nya, dan open kalau sis nak wean off pun boleh, tak nak pun boleh tunggu sampai saif tak nak sendiri.

Setelah banyak memikir, ummi and babah saif decide untuk tak wean off sampai la naturally saif tak nak. Tapi beberapa hari sebelum puasa, ummi ganti puasa then balik lunch hour susukan saif. Saif okay je . after office hour ummi balik, Saif muntah2 macam air paip, dia minum air pun muntah air sampaikan dah tak de isi nak dikeluarkan. 

Babah balik je, ummi ajak pergi beli bubur sebab kalau tunggu ummi masak nanti lambat. Dah beli bubur, ummi bagi makan saif dalam kereta, saif makan 2 ke 3 suap die muntah balik. Ummi fikir saif masih ade keinginan nak makan tapi perut dia tak menerima, so ummi terus ajak pegi klinik.

Malam tu duk memikir saif ada jatuh ke atau salah makan. Tibe-tibe husband cakap mungkin susu sebab sis kan puasa. boleh jadi kan. Sejak dari tu, ummi decide untuk wean off sebab nak masuk bulan rmadhan takkan nak skip lagi macam tahun lepas kan. Ummi cuma think positive, dah sampai masanya dan saif pun dah sampai umurnya. Jadi Allah dah tunjuk, ummi tinggal usaha.

Wean off journey tak mudah untuk ummi dan saif. Ummi bermain dengan emosi dan perasaan and saif kene belajar faham dan ini adalah salah satu proses pembesaran dia. Sebelum wean off, ummi cari tips and cara dekat google. Tekad ummi kuat kali ni. Malam pertama training wean off, Ummi gagal sebab ummi guna cara bercakap dan fahamkan dia tapi dia kan masih belajar dan saif cakap 'umi nak sikit aje'. Ummi pun cair dengan kata-kata dia then bagi je la. Malam kedua, ummi try guna cara lama letak asam jawa, Saif terus tak nak.

3 ke 4 hari masih train dia tiba-tiba dia demam. Ummi rasa dia rindu kot, mungkin sangat mengejut untuk dia. sepatutnya ummi kene buat step by step tapi sebab lagi berapa minggu nak masuk bulan Ramadhan, ummi rushing sikit. Ummi juga buat ni untuk kebaikan bersama. Saif lebih banyak belajar dan pinggang ummi tak sakit, tak de risiko kalau ummi sakit saif pun berjangkit. Itulah harapan ummi. Saif demam sehari je untuk pulihkan balik emosi dia, ummi bagi bf tapi tak lama. Esoknya dia okay dan dia belajar dan akan cakap dia dah besar tak boleh susu ummi. Macam biasa lah ummi akan rasa bersalah dan rasa betul ke jalan yang ummi pilih ni tapi hati ummi kuat memang nak wean off cuma perlu sedikit kebaran lagi

Sebagai tanda menghargai dan support saif, ummi babah layan je emosi dia, Jangan cakap lah macam mana saif punya emosi time tu, hanya Allah yang tahu. Saif takkan emosi nak bf tapi semua benda dia beremosi contohnya barang yang dia pegang jatuh ke, dia akan menangis and tantrum la. Tapi kalau dia nak bf , ummi takkan biarkan dia menangis sampai mengamuk tapi ummi akan banyak memujuk sampai dia faham. Kalau dia dah sampai tahap nak sangat bf tu, ummi bagi je la tapi ummi tahu dia cuma rindu buakan nak sangat pun. Memang dia akan bf tapi takkan lama. 

Yela kan budak ni dia belum tahu maksud kepunyaan, yang dia tahu apa yang dia nak dia punya. Tak lupa juga ummi babah pun bawa pegi jalan-jalan and belikan botol susu baru. Alhamdulillah dia happy dan hari ni saif dah wean off sepenuhnya. Saif ambil masa 2 minggu untuk wean off.


Tips wean off

1- Umur 1 tahun lebih kene selalu cakap dengan anak yang dia akan putus susu ibu. 

2- Sampai masa untuk wean off, ibu perlu skip masa susu contohnya, lepas maghrib selalu dia menyusu, skip waktu tu dan waktu sebelum tidur baru bagi dia susu.

3- Sediakan stok makanan sampingan di rumah macam saif berapa hari dia akan terjaga pukul 3 ke 4 pagi minta makan. ummi cuma masakkan dia yang simple2 contohnya bihun goreng, macaroni, mee, roti dan macam2 lagi.

4- Minta pertolongan dengan husband untuk sama-sama lalui proses ni, Saling berpesan untuk sabar melayan emosi saif dan ummi. 

5- Sentiasa fikir positive dan banyak doa supaya Allah bantu mudahkan proses ni untuk kebaikan ibu dan anak.


Tahun depan, Saif perlu melalui fasa potty train. Ummi sentiasa ada untuk saif jadi anak yang independent and boleh bawa diri dengan jagaan Allah.




Friday, January 10, 2025

UMMI SAIF

Saif, ummi coretkan sedikit kata dan cerita tentang kita dua dalam pena dihujung jari ummi.
Saif lahir sangat dinanti ummi sebab ummi nak tengok depan mata anak ummi sihat dan membesar. Nak tahu tak masa saif dalam perut lagi, ummi banyak lalui ujian, mungkin bagi orang lain itu biasa tapi yang ummi rasa luar biasa.

Kalau Saif nak tahu, tak mudah ummi lalui perjalanan itu. Hanya tuhan dan ummi yang tahu. Saif, lahirnya saif ummi sangat penat sampi ummi dukung saif, Penat ummi hilang sebab ummi rasa sayang sangat dengan saif. Macam mana rasa tu? Ummi boleh gambarkan macam mana ummi sayang diri ummi macam tu lah rasanya. Saif sangat comel dan gendut.

Sampaikan ummi warded hari kedua berpisah dengan saif, ummi terfikir fikir keadaan saif. Ada ke yang boleh jaga, yang boleh sayang macam ummi rasa ni. 
Setelah saif beralih bulan, luka pun dah sembuh, ada perasaan yg Allah tiup dalam jiwa, betulke ummi dah ada anak? Setiap hari tu, akan terdetik soalan tu. Ummi macam mimpi. Mungkin sebab saif dah mudah diurus, comel dan gendut lagi.

Menginjak dari tahun pertama ke tahun kedua. Saif sangat cepat membesar. Nak tahu tak sayang nya ummi pada saif dah bertukar pada sanggup bergadai nyawa untuk Saif. Ummi selalu berfikir macam mana ye kalau ummi tak de satu hari nanti. Sebab Saif selalu ada untuk ummi. Ummi tengah masak, tiba-tiba Saif datang peluk kaki lepastu cakap sayang ummi. Ummi dalam toilet pun saif tanya ummi mana. Nak mandi pun, Saif nak ummi.

Lama ummi mengelamun saif, sedar tak ummi yang jaga Saif itu kan Allah. Allah uji ummi nak tengok samaada ummi tahu tak saif itu siapa yang punya? betullah Allah kata anak itu kan ujian. Ummi perlu sbar dan besederhana. 

Saif, selalu lah hiburkan hati ummi. Ummi akan jaga saif sampai hujung hayat ummi. Sayang nya ummi sampai ummi belajar  beli buku menjadi ummi yg hebat untuk saif. Ummi invest duit ummi untuk buku, simpanan, pelajaran saif. Keperluan dan kehendak ummi bukan yg pertama dan utama sekarang, Saif lah yang duduk ganti tempat itu. 

Semoga Saif jadi anak yg soleh, berakhlak dan sabar. 

Wednesday, May 8, 2024

TIPS OPEN HOUSE RAYA

Alhamdulillah Raya tahun ni 2024 berjaya buat open house di rumah sendiri dan dengan rasminya dah tahun ke-3. Alhamdulillah dengan segala rezeki dan kudrat yang Allah beri pada sis dan keluarga untuk berkongsi pada keluarga, jiran dan kawan-kawan.

Mungkin kecil bagi orang lain tapi besar pada sis. Bukan mudah untuk bersatu hati, bukan mudah untuk berkongsi dan bukan mudah untuk beralah pada setiap keadaan. Tapi besar nikmat hasil dan ganjaran nya.  Moga Allah jaga setiap niat dan kebaikan kita dunia akhirat. In shaa Allah

Sis cerita menu pulak la ye. 

Main menu

1- Nasi Ayam
2- Nasi Impit Rendang Ayam
3- Mee Kari
4- laksa
5- Bakso

Dessert

1- Buah tembikai & Jambu
2- Roti jala
3- Bubur pulut hitam
4- karipap
5- kek batik
6- Japanese cream puff
7- pavlova

Air

1- Green tea
2- Apple asam boi

Semua air tangan keluarga sis. Yang order dari orang pun ada, terpulang pada bahagian masing².  Kami dah bahagikan siapa yang buat menu itu ini. Itu lebih jimat dan alhamdulillah cukup untuk tetamu😊. Kalau sedap tahun depan datang lah lagi...hihihihi. 

Cara jemput tetamu

Masing-masing main peranan macam mana nak jemput samaada nak call atau ws kawan2 sendiri. Nanti time majlis, layan lah tetamu masing2. Kalau nak sambung networking pun boleh. Jadinya kawan kakak kawan sis juga, kawan mak kawan abah juga. Haaa meriah kan🥰

Sis tak mengharap untuk semua yang di jemput datang sebab kadang faham dengan life masing-masing. Sebab sis pun di situasi sibuk dengan life sendiri. Cuma mengharap yang lapang untuk menjamah sebab masa borak tu ada setiap tetamu, tak rushing2, gelak ketawa semua lah. 

Terima kasih yang dijemput sudi beri perut sendiri ruang untuk makan semua menu. Terima kasih banyak juga pada keluarga besar sis. Terlalu banyak sumbngan tenaga dan rezeki yang di kongsi. Semoga Allah pelihara hubungan keluarga ni sampai syurga Allah. Allah limpahkan rezeki yang berkat dan cukup pada semua, di beri ketenangan hati dan kebahagiaan dunia akhirat. 


Wednesday, January 10, 2024

PART TIME JOB

 Assalamualaikum..

korang pernah tak rasa nak buat kerja part time? sis share sikit pengalaman kerja part time sepanjang nak masuk 28 tahun hidup😂.

2017-2019

Sebelum sambung degree sis pergi interview banyak company tapi hampa sebab masa tu demand halal executive tak banyak, so sis buat kuih cara manis dan pernah sis kerja kantin sekolah selama seminggu. Lepastu, 2017 sis masih belajar lagi dekat UiTM Shah Alam. Degree sis tak de buat pinjaman PTPTN, so totally sponsored by my mom tapi tu lah tak mewah time sis diploma dpt PTPTN😂. So jalan dia sis jual popia horlick nestum, balik rumah tiap minggu buat popia horlick nestum jual by pack kecik, 1 pack RM 3. Nak tahu tak hasil die tak besar mana, boleh la sis beli baju raya guna duit sendiri and pergi balik kolej ke rumah naik grab. Bangga juga time tu first time dapat beli baju raya guna duit sendiri. Mak sis dah bagi semua cukup tak de yang kurang cuma sis ni jenis berlebih-lebihan. ahahaha

2020

Sementara tunggu offer kerja, sis buat bisnes keropok lekor frozen dengan husband sis. Time tu dia belum husband la, masih kawan baik gitu..Lepastu pkp alhamdulillah dapat sambutan yang kitorg pun tak sangka. Sambil buat bisnes keropok lekor malam sis buat kuih cara manis hantar dekat warung-warung. Waktu siang jaga anak buah, kalau dia tidur sis siapkan order keropok lekor. Bulan 2  sis masuk JAIS sebagai pekerja sambilan harian sambil2 jual keropok lekor juga tapi tu lah tak dapat nak penuhi permintaan customer macam sebelum ni. Bulan 6 sis dapat offer kerja.

2022

Sis masih meneruskan kerja hakiki di tempat kerja dan sambil-sambil tu sis jadi dropship rayyanhaya, Kalau korang nak tahu sis ni jual apa yang sis pakai dan makan sebab senang nak cerita kebaikan dan keburukan. Biasanya benda yang kita suka ni lah yang kita rasa orang lain patut beli dan rasa. Kadang-kadang kan sis teringin nak pakai new collection diorg sis akan pulun buat sale and comission tu sis dapat lah beli baju tu so tak usik duit simpanan atau duit gaji. Selain daripada tu, sis buat shopee live jual baju preloved, al-maklumlah time tu tahun pertama kawen, Saif belum wujud lagi, kite pun syok buat live setiap malam, sambutan dia memang letup. Bosan duduk rumah je sebabnya husb sis kerap oncall, tu yang buat je apa-apa asalkan boleh beli jajan😂

2023

Setelah 3 tahun kerja di tempat yang sama dan masih meneruskan bisnes yang sedia ada, sis tambah lagi kerja part time sebagai tutor. Bisnes pun agak slow, sis tak boleh diam kene juga kerja siang malam, hihihi. So start la kenal dengan company yg buat tutor. In shaa Allah sampai sekarang masih mengajar. Kalau dulu ambil class dari Ahad sampai khamis, sekarang sis ambil selasa dan khamis je sebab nk fokus pada anak yang tengah fasa nak perhatian dan aktif ni.

2024

Sis ingatkan nak buat part time bisnes online dekat shopee and tiktok. korang support la sis sebagai semangat sis nak bisnes online pulak. Sis tengok and banyak buat survey kebanyakan yang buat online shop ni kene ada rupa yang menawan baru org support, ahahaha. 

keep doa untuk sis and family okay!!!


DREAMING BECOME TRUE

Sunday, September 24, 2023

TRAVEL WITH KIDS

 Assalamualaikum korang....

Sihat tak tu? sis dah lama tak mem'blog', hihihi. Posting kali ni sis nak share pengalaman bercuti dengan kanak-kanak ribena. Cuba korang teka tempat bercuti kali ni dekat mana?. Special nya adalah tarikh yang kami pergi adalah nak dekat tarikh anniversary yang ke-2 . Alhamdulillah rezeki dapat bawa saif dengan zinnirah sekali. Planning bercuti kali ni kami prepare 2 bulan awal sebab first time bawa anak-anak so keperluan diorang dulu mesti kene cukup dan rapi. Bukan macam dulu main redah je, asal nak pergi terus shoot gerak, tak bawa baju pun tak pe, perangai husband sis sangat. 

Bila travel dengan Saif ni sis dah start search google tips2 bawa baby bercuti, keperluan dia, haishh ghisau kadang-kadang tapi sis ada cakap dengan husband bercuti kali ni jangan expect semua smooth okay, kita kene bersedia apa-apa kemungkinan yg terjadi mengikut mood Saif. Husband pun okay je dia kata 'abang dah ready memang nak layan perangai saif je kat sana sebab seronok nak tengok reaction dia"

Btw, Zinnirah catagory toddler 4 tahun yang dah faham arahan dan suka meng 'explore'. Saif pula infant baru 8 bulan yang baru belajar berdiri dan masih makan makanan baby. So, sis dah siap tanya mommy zinnirah perangai, keperluan, keselesaan dia. Saif pula sejenis waktu tidur dia jangan kacau, kalau lari waktu tidur, dia akan mengamuk, ikut perangai sape la ni?😂. Preparation zinnirah mommy dia yang uruskan.

Preparation Saif.


Antara aktiviti  kanak-kanak ni:-

mandi swimming pool



masuk cabin kids 


sarapan sambil bagi makan merak



si kecik gian nak berdiri


Mandi pantai

Kitorang check in 3 hari 2 malam di Avillion Port Dickson. Saif pun okay je bercuti, tak de meragam, mungkin sebab kitorg dah planning awal dan dah tahu tempatnya macam mana, so boleh la adapt dengan budak-budak punya jadual. Tipulah kalau tak risau Saif mengamuk sebab dia kalau mengamuk lain maciam..ahahaha.tapi alhamdulillah dia tak mengamuk dari pergi sampai la balik.Byw, husband sis banyak tolong dari awal smpi habis. yang penting kerjasama, baru la tak stress. Sis bersyukur gila husband sis jenis tak kekok urus zinnirah dari melayan dia bercakap, mandi, urusan toilet, ikat rambut, buat susu n tidurkan dia.  thank you abg ats penat lelah abg tolong syg itu ini. kami tak mengaharapkan untuk rehat dengan percutian ni sebab dah ada anak cuma nak budak-budak happy. Lagi satu jgn panic kalau budak meragam cuma perlu layankan dia je. lagi satu jaga waktu tidur anak, jangan biarkan dia overtired sebab tu kami ambil 3 hari 2 malam supaya tenang-tenang dan tak rushing. Pssst, balik bercuti sis turun sekilo..ahahaha, so boleh bayangkan tak macam mana urus anak smbil bercuti.

kami seronok? anak happy mak pak nya pon happy. penat? Penat dari yang biasa tapi puas. apapun doakan keluarga kecil kami sentiasa sihat.


Weaning Off Journey

  Haishh dah lama sis tak menaip Topik kali ni more to parenting journey. sebab life sis dari single, wife, and now dah jadi mom to beloved ...