Assalamualaikum..
korang pernah tak rasa nak buat kerja part time? sis share sikit pengalaman kerja part time sepanjang nak masuk 28 tahun hidup😂.
2017-2019
Sebelum sambung degree sis pergi interview banyak company tapi hampa sebab masa tu demand halal executive tak banyak, so sis buat kuih cara manis dan pernah sis kerja kantin sekolah selama seminggu. Lepastu, 2017 sis masih belajar lagi dekat UiTM Shah Alam. Degree sis tak de buat pinjaman PTPTN, so totally sponsored by my mom tapi tu lah tak mewah time sis diploma dpt PTPTN😂. So jalan dia sis jual popia horlick nestum, balik rumah tiap minggu buat popia horlick nestum jual by pack kecik, 1 pack RM 3. Nak tahu tak hasil die tak besar mana, boleh la sis beli baju raya guna duit sendiri and pergi balik kolej ke rumah naik grab. Bangga juga time tu first time dapat beli baju raya guna duit sendiri. Mak sis dah bagi semua cukup tak de yang kurang cuma sis ni jenis berlebih-lebihan. ahahaha
2020
Sementara tunggu offer kerja, sis buat bisnes keropok lekor frozen dengan husband sis. Time tu dia belum husband la, masih kawan baik gitu..Lepastu pkp alhamdulillah dapat sambutan yang kitorg pun tak sangka. Sambil buat bisnes keropok lekor malam sis buat kuih cara manis hantar dekat warung-warung. Waktu siang jaga anak buah, kalau dia tidur sis siapkan order keropok lekor. Bulan 2 sis masuk JAIS sebagai pekerja sambilan harian sambil2 jual keropok lekor juga tapi tu lah tak dapat nak penuhi permintaan customer macam sebelum ni. Bulan 6 sis dapat offer kerja.
2022
Sis masih meneruskan kerja hakiki di tempat kerja dan sambil-sambil tu sis jadi dropship rayyanhaya, Kalau korang nak tahu sis ni jual apa yang sis pakai dan makan sebab senang nak cerita kebaikan dan keburukan. Biasanya benda yang kita suka ni lah yang kita rasa orang lain patut beli dan rasa. Kadang-kadang kan sis teringin nak pakai new collection diorg sis akan pulun buat sale and comission tu sis dapat lah beli baju tu so tak usik duit simpanan atau duit gaji. Selain daripada tu, sis buat shopee live jual baju preloved, al-maklumlah time tu tahun pertama kawen, Saif belum wujud lagi, kite pun syok buat live setiap malam, sambutan dia memang letup. Bosan duduk rumah je sebabnya husb sis kerap oncall, tu yang buat je apa-apa asalkan boleh beli jajan😂
2023
Setelah 3 tahun kerja di tempat yang sama dan masih meneruskan bisnes yang sedia ada, sis tambah lagi kerja part time sebagai tutor. Bisnes pun agak slow, sis tak boleh diam kene juga kerja siang malam, hihihi. So start la kenal dengan company yg buat tutor. In shaa Allah sampai sekarang masih mengajar. Kalau dulu ambil class dari Ahad sampai khamis, sekarang sis ambil selasa dan khamis je sebab nk fokus pada anak yang tengah fasa nak perhatian dan aktif ni.
2024
Sis ingatkan nak buat part time bisnes online dekat shopee and tiktok. korang support la sis sebagai semangat sis nak bisnes online pulak. Sis tengok and banyak buat survey kebanyakan yang buat online shop ni kene ada rupa yang menawan baru org support, ahahaha.
keep doa untuk sis and family okay!!!
DREAMING BECOME TRUE
No comments:
Post a Comment