Assalmualaikum😍
Jumpa lagi dengan sis😅
Hari ni sis nak share sedikit tips untuk menjemput rezeki dalam hidup kita. Kadang-kadang kita terlalu ingin kepuasan dalam hidup sehingga mempersoalkan kenapa hidup kita terasa susah dan sempit. Bahkan sebenarnya kita tidak sedar rezeki kita hadir dalam pelbagai bentuk yang kita selalu persoalkan ini tidak cukup itu kurang sehingga terlupa sebenarnya Allah telah beri banyak rezeki..
Meh sis share sedikit tips selain solat Dhuha & membaca surah al-Waqiah setiap pagi yang sis amalkan sebab sis pernah alami sendiri dan mempunyai pengalaman menjemput rezeki😊. Rezeki sis tak banyak mana pun nak dibandingkan dengan dato' datin tapi cukup untuk membantu family dan membuat simpanan untuk hari tua😉.
TIPS MENJEMPUT REZEKI
1. Berbakti Pada Orang Tua
Bagi sesiapa yang masih mempunyai orang tua, jangan pernah berkira untuk membantu mereka kerana Allah telah mengangkat darjat mereka sebagai ibu bapa dan istimewanya Allah bagi pada mereka adalah doa mereka tiada hijab. Bayangkan doa ibu bapa untuk kita terus sampai kepada Allah. Indah bukan?😍. Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa. Its okay if you dont have parents, you just need to be the good son or daughter and always pray for them. Sebab apa perlu menjadi anak yang baik?😉.
Dalam hadith nabi ada bersabda antara 3 amalan yang takkan putus apabila matinya seseorang itu didunia adalah doa dari anak yang soleh. Ini penting bagi anak muda yang sibuk mencari kemewahan sehingga mengabaikan perasaan orang tua sedangkan rezeki itu datang dari perbuatan baik kita pada orang tua. Carilah cara macam mana pun untuk kaya tetapi hubungan dengan orang tua tidak jaga, ia takkan lama dan akan menambahkan rasa tidak rasa cukup dalam diri😔.
Amalan berbakti pada orang tua
- Tolong ringankan beban mereka dengan membantu membuat keje rumah
- Cuba mencari duit dengan niat nak kongsi rezeki dengan mak ayah contoh sekarang kan fenomena menjadi dropship, agent produk😍
- Sentiasa doakan mereka dan menggembirakan hatinya dengan mendengar mereka bercerita. Nampak senang kan? tapi tak semua orang boleh buat sebab sekarang dunia gadget yang sentiasa melekat dekat tangan😉
- Minta dekat Allah untuk jadi positif
- Duduk bersama dengan orang positif
- Bercakap perkara yang baik baik
- Sentiasa mendoakan orang lain
- Kuatkan hati yang kita mampu untuk buat perkara yang baik
No comments:
Post a Comment