Purple: June 2021

Thursday, June 3, 2021

LIFE

 

Hidup ini banyak tafsirannya sama juga jika kita menilai bahagia. Andai bahagia itu sekadar cukup ada meggi sebungkus untuk di makan. Kenapa perlu toleh sebelah yang ada nasi berlauk penuh.

Kadang-kadang kita mampu rasa lebih dari itu tapi selera itu mahukan meggi yang memenuhi rasa tekak dan keinginan maka terpancar bahagia. Jangan nilai sesebuah kehidupan dengan cara menyempitkan fikiran. Cukup hanya sekadar ada.

Kadang-kadang kita rasa kita penat, kita dah usaha sehabis baik, kita buntu, kita jatuh terduduk. Jangan tuding diri sendiri tidak berguna. Apakah dunia ini dicipta kerana ada nya yang tak berguna? Hati manusia ini rapuh sifatnya, dicuit sikit bagai mahu kaku mati.

Aku ajarkan kau satu benda yang kau jangan ragu, mari aku bawa kau keluar dari situasi ini. Cuba kau duduk sebentar, tenang kan diri, fikirkan penguat hati. Kau tiada siapa melainkan Ilahi di hati. Jangan bangun lagi, kau duduk lagi kau fikir siapa pemberi rezeki. Kadang daya kau sudah melebihi akal fikiran cuma perlu setitik syukur dan redha dalam diri. Aku mohon kau hargai usaha kau walau sekecil biji sawi. Tidak perlu hargai usaha orang lain kalau kau belum belajar tentang diri.

Cukup berlagak tuhan seolah kau tahu diri tidak berguna sebelum sampai akhirnya ibarat kau menyerah kalah sebelum berjuang. Sang Pangeran tak pernah tinggalkan orang yang berusaha kau tahu tak benda ni? kalau tak tahu kau ambil kau letak dalam diri. kau dah buat yang terbaik cuma perlu sedikit syukur dalam hati. Jangan sampai kau tercampak dalam dunia kejahilan. 

Aku bawa kau dunia realiti, buat kerja biar kau takkan sedar kau mampu sebenarnya, kau usaha selagi kau belum rebah, jangan tunggu peluang berlari kejar kau yang tiada isi tapi kau kejarlah bagai tiada peluang untuk jatuh walau seinci. Penat? Lelah?, sabar!!! mana mungkin kau berjalan tidak berpeluh walau sebesar lubang jarum. Tidak mustahil ada pelangi sebelum datang hujan membasahi bumi. Kau bukan vvip pada pandangan tuhan tak perlu di uji, tak perlu dicaci apatah lagi keringat disakiti.

lain orang lain gerak untuk sabar. Kau lebih tahu diri sendiri berbanding manusia lain yang berdiri. Ingat kau perlu ada tiga benda, syukur, sabar, tenang. Perjuangan belum habis kalau masih ada tulang empat kerat. Doa jangan kau letak belakang sedangkan senjata kau perlu di bawa ke sisi. Letakkan di belakang bagai ditembak rebah baru tekial-kial mencari.

Weaning Off Journey

  Haishh dah lama sis tak menaip Topik kali ni more to parenting journey. sebab life sis dari single, wife, and now dah jadi mom to beloved ...