Hidup ini banyak
tafsirannya sama juga jika kita menilai bahagia. Andai bahagia itu sekadar
cukup ada meggi sebungkus untuk di makan. Kenapa perlu toleh sebelah yang ada
nasi berlauk penuh.
Kadang-kadang
kita mampu rasa lebih dari itu tapi selera itu mahukan meggi yang memenuhi rasa
tekak dan keinginan maka terpancar bahagia. Jangan nilai sesebuah kehidupan
dengan cara menyempitkan fikiran. Cukup hanya sekadar ada.
Kadang-kadang
kita rasa kita penat, kita dah usaha sehabis baik, kita buntu, kita jatuh
terduduk. Jangan tuding diri sendiri tidak berguna. Apakah dunia ini dicipta kerana
ada nya yang tak berguna? Hati manusia ini rapuh sifatnya, dicuit sikit bagai
mahu kaku mati.
Aku ajarkan
kau satu benda yang kau jangan ragu, mari aku bawa kau keluar dari situasi ini.
Cuba kau duduk sebentar, tenang kan diri, fikirkan penguat hati. Kau tiada siapa
melainkan Ilahi di hati. Jangan bangun lagi, kau duduk lagi kau fikir siapa pemberi
rezeki. Kadang daya kau sudah melebihi akal fikiran cuma perlu setitik syukur
dan redha dalam diri. Aku mohon kau hargai usaha kau walau sekecil biji sawi. Tidak
perlu hargai usaha orang lain kalau kau belum belajar tentang diri.
Cukup berlagak tuhan seolah kau tahu diri tidak berguna sebelum sampai akhirnya ibarat kau menyerah kalah sebelum berjuang. Sang Pangeran tak pernah tinggalkan orang yang berusaha kau tahu tak benda ni? kalau tak tahu kau ambil kau letak dalam diri. kau dah buat yang terbaik cuma perlu sedikit syukur dalam hati. Jangan sampai kau tercampak dalam dunia kejahilan.
Aku bawa kau dunia realiti, buat kerja biar kau takkan sedar kau mampu sebenarnya, kau usaha selagi kau belum rebah, jangan tunggu peluang berlari kejar kau yang tiada isi tapi kau kejarlah bagai tiada peluang untuk jatuh walau seinci. Penat? Lelah?, sabar!!! mana mungkin kau berjalan tidak berpeluh walau sebesar lubang jarum. Tidak mustahil ada pelangi sebelum datang hujan membasahi bumi. Kau bukan vvip pada pandangan tuhan tak perlu di uji, tak perlu dicaci apatah lagi keringat disakiti.
lain orang lain gerak untuk sabar. Kau lebih tahu diri sendiri berbanding manusia lain yang berdiri. Ingat kau perlu ada tiga benda, syukur, sabar, tenang. Perjuangan belum habis kalau masih ada tulang empat kerat. Doa jangan kau letak belakang sedangkan senjata kau perlu di bawa ke sisi. Letakkan di belakang bagai ditembak rebah baru tekial-kial mencari.
No comments:
Post a Comment