Sebelum sis cerita mengenai detik perkenalan, sis nak cerita dulu planning sis sebelum ke arah hubungan yang lebih serius. Nak dijadikan cerita masa sis SPM sampai degree sis tak nak kenal dengan mana-mana lelaki secara serius sampai tahun akhir degree. Memang sis niat dah, kalau kenal lelaki yang serius biarlah tahun akhir degree, kalau sebelum dari masa tu, sis akan tangguh untuk kenal...ahahaha. Tahun akhir tu sebelum intern takdir Allah letakkan sis tercampak jauh dari kawan-kawan sebab sis dapat kolej yang jauh dari kawan-kawan sis. Si dia munculkan diri untuk kenal pada waktu final exam tahun akhir. Macam mana dia muncul biarlah jadi sedikit memori antara sis dengan dia. Apa kaitan nya?. Kaitan nye adalah mudah untuk sis simpan rahsia dan berkenalan lebih dengan dia.
Di mana ia bermula biarlah hanya kami berdua yang tahu. Apa yang sis boleh share adalah timing dia datang untuk berkenalan adalah tepat untuk sis fikirkan. Sebelum ni ada juga yang nak kenal tapi terpaksa tangguh untuk sis focus belajar dan beberapa kekangan yang sis fikirkan belum masanya untuk bercinta. Bukan sebab sis sombong atau perasan sendiri tau tapi sebab memang masa tu sis hanya fikir study, komitmen dan family.
Sis kenal dia bulan 7 2019, tarikh yang tepat sis tak berapa ingat..ahahaha sebab perkenalan tu berlaku step by step dan secara tak sedar dah ke arah yang serius. Kami kenal berapa bulan, dah start merancang untuk buat bisnes bersama. Jujur sis cakap dari awal perkenalan, sis memang tak de perasan apa-apa langsung dengan dia tapi sis ada tanya dia bila waktu dia ada rasa suka kat sis? Dia kata time first jumpa.. sis tak percaya langsung sebab kita baru kenal kot, tu ayat drama TV3. Dia kata betul la lepastu dia rasa sis is the right one bila sis bagi birthday surprise kat dia.
Kalau tanya sis bila sis mula ada perasaan dengan dia? Jawapannya senang bila dia accident time balik hantar keropok lekor, sis mula risau, care dan start dari tu kalau dia agak mesra sikit dengan perempuan lain sis dah ada rasa jealous. Selepas tu baru kita decide untuk bertunang. Kalau nak tahu siapa orang pertama yang sis suka adalah dia, pertama dan In shaa Allah akan jadi yang terakhir. Kalau tak rasa special aku tak tahu la. Tapi untuk dia sis ni yang ke-3 la sebab dia pernah putus 2 kali.ahahaha. So, dia kene hargai sis sebab terima dia setelah dibuang.ahahaha😂
Kalau tanya macam mana sis rasa dia adalah pilihan yang betul untuk dijadikan pasangan? Sis macam tak de jawapan untuk ni sebab dia berkaitan hati, doa dan usaha. Kalau nak diikutkan sampai sekarang sis masih ada perasaan was-was untuk berkahwin dengan dia tapi sebab usaha dia selalu lebih dari perasaan was-was sis dan perasaan tu auto hilang. Menipu lah kalau sis cakap dia adalah calon mithali sebab setiap manusia ada lebih dan kurang termasuk dia. Lebih-lebih lagi dia bukan Islamic background, jauh nak dibanding dengan student ACIS tapi sis cakap dengan dia awak ada tak perasaan nak jadi macam orang yang ada ilmu agama lebih, dia kata pernah tapi rezeki dia dekat arah lain. Bagi sis cukup dia ada rasa untuk jadi baik dan usaha walau sikit.
Kalau tanya sis dia ada tak ciri-ciri lelaki idaman sis?. Iye ada walaupun tak memenuhi 100%. Bila mencapai satu fasa suka sama suka, benda pertama sis tanya "awak kawan dengan saya atas sebab nak main-main atau nak ke arah perkahwinan? kalau main-main saya tak nak minta maaf banyak-banyak tapi kalau sebab nak sampai kahwin tolong tunjukkan usaha sehabis baik dan saya tak nak jawapan selamat ada jodoh ke apa, saya nak jawapan yang jelas. Waktu tu dia pun terkejut bila sis tanya direct macam tu je😂. Sis pernah tanya dia apa soalan pertama masa jumpa yang dia paling ingat sampai sekarang?. Dia kata soalan yang kat atas tu dengan tanya pasal saya kerja atau tak?, berapa tahun dah bekerja? simpanan ada berapa? Bila ingat balik ya Allah nampak sangat materialistik nye la😅.
Tapi itu lah realiti sebab perempuan kene fikir kehidupan selepas kawen tak de masa fikir yang romantik ke good looking ke, kalau ada itu bonus, hihihi. Kalau pihak lelaki tiada semua tu bukan bermakna kita reject tapi pleaseee ingatkan mereka erti tanggungjawab. Kalau dah ingatkan pun tak de perubahan jangan pernah menyesal untuk buat keputusan tinggalkan .
Sebelum sis kenal dengan cik tunang, ada beberapa kawan tanya kalau kau bercinta apa ciri-ciri lelaki yang kau nak? sis senang je menjawab cukup lah dia solat lima waktu, memahami adat keluarga sis, bercampur dengan orang tua, ada pekerjaan dan pandai buat kerja lelaki, betulkan paip, lampu, bersihkan taik kucing dan yang basic punya kerja. yes taik kucing sebab kalau taik kucing pun tak nak bersihkan apatah lagi taik anak..ahahaha. Itu fikiran sis la.
Sampai sini je la ye, tak nak cerita lebih-lebih takut sis sebab macam-macam sekarang.😂lepas kawen nanti In shaa Allah sis cerita first time jumpa keluarga mertua.
No comments:
Post a Comment