Assalamualaikum.
Hi sis datang lagi π
Hari ni sis teringat minggu sebelum puasa sis keluar sebab memenuhi jemputan perkahwinan kawan cik tunang. Masa dalam perjalanan, sis cerita dengan dia mengenai perit nya rasa belajar dan kesusahan parents sis untuk tengok anak-anak sambung belajar. Sis ni kalau dengan cik tunang memang mulut tak berhenti, kadang tiba-tiba cerita kisah nabi la, isu semasa la, teka teki la semua la. Dia pun sejenis dengar je apa yang sis bebelπ. Disebabkan dah terbiasa sis ni sejenis bercakap je dengan dia, kalau sis tiba-tiba diam dia pulak yang jadi pelik kenapa hari tu diam padahal sis bukan merajuk ke apa sebab tak de bende nak di cerita dah π. Kadang dia saja ajak jumpa kawan dia means kawan perempuan la, family dia la sebab nak menyakat sis banyak cakap ke tak sebab dia tahu sis akan diam dengan orang lain π.
Panjang muqaddimah nyeπ . Nak jadi kan cerita sis lupa mula-mula sis cerita apa masa tu dengan dia, tiba-tiba masuk topik sejarah sis dulu-dulu nak sambung belajar diploma. Sis cerita kat dia bila teringat balik rasa sedih je rasa terhutang budi sangat dengan mak abah. Rasa tak nak pun kenal awak, tak nak pun kawen. hehehe. Dia terus pandang kenapa cakap macam tu? Sis jawab lah sebab kalau boleh sis nak jaga dan sentiasa ada untuk mak abah sampai akhir hayat sis. Kalau kawen tak tahu lagi awak tu macam mana kan bagi ke tak saya nak jaga mak abah saya. Sebelum kawen memang la cakap gitu gini lepas kawen nanti itu tak boleh ini tak boleh. then dia cuma jawab saya bukan orang yang macam awak fikir. Sis pun diam sejenak merenung di luar jendela aku tanya apa khabar.. eh tu laguπ
Lepastu start la cerita nye dengan cik tunang, awak nak tahu tak dulu saya habis SPM saya dapat plkn. kembar pun dapat sorang kat sini 2 orang tempat sama. Tapi sorang tak pergi sebab sambung belajar, Lepas habis plkn saya sambung Uitm. Masa mula-mula masuk Uitm Allah je tahu masa tu betapa struggle mak bawa kitorang naik bas beli barang asrama sebab abah kerja. Mak sungguh-sungguh nak tengok kitorang masuk universiti.
Masuk sem satu saya pakai handphone Nokia 3310 lagi. kawan-kawan semua dah pakai smartphone. Saya tak sedih pun masa tu, kalau kelas cancel atau apa-apa maklumat ke mesti kene selalu tanya kawan. Time sis cerita ni dah meleleh air mata.. ahahaha. Sedih bila teringat balik. Ye la mak tak mampu nak beli kan smartphone sekali tiga orang. Lepas beberapa minggu kitorang balik rumah macam-macam cerita kitorang citer dekat mak. Lepastu mak belikan smartphone Lenovo yang berharga RM500 sorang satu. Tiba-tiba cik tunang pun pandang tengok sis dah meleleh air mata, laaa jangan lah nangis. baru cerita dah nangis, ahahaha.. dah tak payah sedih, saya tahu macam mana susah nye mak awak nak besarkan awak sebab hari tu saya datang rumah awak, mak awak ada cerita, sekarang awak dah bekerja, dah berjaya sikit tolonglah mak abah awak.
Allahu dalam hati tu rasa sedih lain macam, kalau lah badan ni boleh di belah-belah nak je aku belah satu kat rumah jaga makan minum mak abah, sebelah pulak bekerja cari duit untuk beli apa yang mak abah suka. Then, dia pun cakap saya tak kisah awak nak jaga mak abah awak walaupun kita dah kawen tapi apa-apa yang awak buat bagi tahu saya dulu. Sekurang-kurangnya saya tahu awak kat mana, buat apa. Saya teringat masa handphone awak rosak masa saya kenal awak sampai dah nyawa-nyawa ikan still tak nak beli baru, saya yang paksa awak beli sebab saya tahu awak susah nak beli barang baru. Lepastu sis pun laju je menjawab haah la sekarang belum kawen semua benda boleh dapat, dah kawen tak dapat aku campak kau dalam lubang jamban lepastu aku flush. ahahaha. Sorry la sis ni ada negative thinking sikit kat lelaki.π
Alhamdulillah kat mana sekarang sis berada adalah hasil titik peluh mak abah sis. Terima kasih banyak yang tak dapat dibalas pun dengan wang ringgit.
No comments:
Post a Comment