hi kowrangg
assalamualaikum ...
Hari ni macam nak cerita mengenai engagement day sis la. Alhamdulillah Allah mudahkan semua urusan dannnn sis tak percaya semudah ini Allah aturkan untuk kami. Dengan perkenalan hampir 2 tahun akhirnya sampai juga matlamat perkenalan walaupun baru step yang pertama. Kowrrang doakan la yang baik-baik untuk sampai step seterusnye😊
Sebenarnya sis tak merancang awal pun untuk bertunang secepat ini apatah lagi merancang untuk berkahwin. Sis tak nak bertunang kalau boleh, sis nak merisik terus nikah so akan ambil masa 2 hingga 3 tahun lagi sebab sis nak selesai dalam masa setahun. Semua berlaku sekelip mata ,alhamdulillah pada bulan 12 parents cik tunang panggil kata nak masuk meminang then sis terkejut la kenapa cepat sgt😅. Time tu macam tekanan tau sebab sis belum ready lagi. Start dari tu sis mula nak marah-marah dengan cik tunang tapi tak tahu kenapa sebab alasan sis masa tu sis tak suka orang tua masuk campur dalam perhubungan sis sampai betul-betul sis dah bersedia dari segi kewangan dan mental.
Sebenarnya alasan tepatnya adalah kewangan sebab sis baru berapa bulan kerja, ekonomi tak stabil lagi dan orang kata masih nak biasakan lagi dengan komitmen. Sis pernah bagitahu masalah ni dekat kembar sis tapi dia kata kalau alasan kewangan boleh terima tapi kalau orang tua masuk campur tak boleh terima macam tak masuk akal. Betul jugak kan😅 sebab sis kan masih tanggungjawab parents.
Masuk bulan January 2021, sis mula dari awal balik bincang elok-elok dengan cik tunang apa yang patut kita buat dengan target yang realistik. Tapi masa ni masih stress lagi maybe sis rasa tak yakin dan macam-macam rasa ada. Masuk bulan yang ke-2 cik tunang accident teruk. Masa tu hanya Allah yang tahu apa yang sis rasa, sedih gilerr sampai hari dia nak warded meleleh air mata jantan sis depan dia😂😂. Sis rasa nak jaga dia seharian tapi bila fikir balik aku bukan sape2 nak jaga dia maksud sis dengan nak suapkn makan ke apa sebab belum ada apa-apa ikatan lagi. Masa tu tangan dia teruk tak boleh makan sendiri😂, nak mandi pun orang lain yang mandikan. Start dari situ lah perasaan yakin untuk bertunang tu timbul dalam sekelip mata. Bila fikir balik macam geli pun ade kenapa ada perasaan sweet macam tu kan tapi tu lah hakikatnya yang sis rasa tiba-tiba, sebelum ni pernah je dia accident, demam sakit tapi tak pernah rasa macam tu😅
Akhir bulan February terus nekad jumpa dia cakap pasal planning bulan 1 lepas dah berjaya atau belum?. then 60% berjaya, terus sis cakap dengan cik tunang dah boleh la suruh parents dia bincang dengan parents sis😍. Sis bagi tahu dengan parents sis nak majlis yang sangat simple dan tetamu hanyalah family yang terdekat sahaja. Majlis sis menjadi sejarah dalam family sbb terlalu simple dan tidak membelanjakan kos yang tinggi.
Setelah berbincang, pada 6 Mac 2021 telah menjadi tarikh pertunangan sis. Majlis sis agak pelik sikit berbanding dengan majlis kakak dan abang sis sebab sis buat merisik dan bertunang hari yang sama. tak pernah dibuat dalam sejarah family sis😅. Alhamdulillah sis sudah bergelar tunangan orang.
Sis share sedikit mengenai kos perbelanjaan musim pkp😂. Surprisingly, sis hanya belanja kan RM300 sahaja untuk hantaran dengan 7 balas 5, nak tahu cara dia macam mana? cara dia cari sponsor la😂. Siyes sis tak malu pun nak mintak sponsor sbb adik beradik kan ramai so sis gunakan mereka. Tapi mintak sekali je la, ahahaha. Kalau nak sponsor sis ambil tak nak sponsor sis tak paksa. Alhamdulillah semua sudi sponsor😝
biru adalah dari pihak sis dan purple dari cik tunang
1-Sirih junjung
2-pulut kuning (ucu)
3-kek (abg faris)
4-choc (udi)
5-cheese tart (kak anne)
6-cupcake (diana)
7-buah (kak lili)
Then RM300 buat beli apa? Sis beli kotak hantaran dan bunga hiasan dekat dulang. Makanan untuk tetamu di sponsor oleh parents sis kebetulan buat sekali majlis aqiqah anak abang sis. So, tak de nampak sangat majlis bertunang sebab waktu pagi tetamu majlis aqiqah datang dan belah petang pula majlis bertunang tapi siap2 la bagi tahu dengan tetamu waktu pagi sahaja majlis aqiqah petang majlis keluarga, haaaa giteww. Masa tu kawan sis sorang pun tak tahu😅. Punye la berjaga-jaga sebab sis ni overthinking orangnye sebab takut jadi apa-apa sis juga yang menanggung rasa😂. Better sis diam, jawab bila perlu.. haaa gitewww. Apa yang lagi jimat baju sis di sponsor sepenuhnya oleh cik tunang then sis pun tak de guna pelamin cukuplah hias sahaja ruang yang ada😍. So perbelanjaan yang besar sis guna time majlis nikah dan peralatan rumah baru nanti. Doakan rumah kami siap sebelum majlis besar.
Tips dia banyak kan berdoa, berbincang, sederhana, dan realistik😍. Yang paling penting kene ada prinsip dan perancangan sendiri sebab ni majlis kita sis bukan majlis orang. Sebelum majlis boleh la search google persiapan, bajet, tips semua la. Sebelum search di google tu boleh la decide dulu bajet kita berapa semua then google ikut bajet kita. korang faham tak maksud sis😂
Kadang-kadang majlis jadi lebih bajet sebab mulut-mulut orang sekeliling. Bukan kewangan sahaja kita tanggung tapi nasib akan datang maksud sis, jodoh tu panjang atau tidak tu pun kita akan tanggung. Thats why sis buat secara tertutup sebab guna duit sis tau, kita yang menanggung susah senang sendiri, kita yang mengumpul duit, kita yang struggle okay. So, kene tegas macam sis😅.
Plan ni dari A to Z dari sis berdua dengan cik tunang. Itupun ada juga yang cakap-cakap kenapa terlalu simple, hantaran makanan je, tak de pelamin tak cantik la. Pekak kan telinga butakan mata dan bisukan mulut. Lepas majlis semua kenyang makan tak de dah nak cakap apa-apa😂. Mulut orang ni sekejap je guys.
Lastly, terima kasih family kerana mudahkan kami, dan cik tunang yang banyak sabar dengan perangai sis.
BTW, penulisan ni sis akan share pada semua orang setelah sah bergelar isteri nanti bagi menjaga hubungan ni sampai ke jinjang pelamin😍. Semoga Allah redha In shaa Allah.
"DREAMING BECOME TRUE"
No comments:
Post a Comment