Assalamualaikum korangg...
Hari ni rasa nak share dengan korang persiapan kahwin sis tapi sis tak banyak gambar nak tunjuk😅. Korang baca je la ye..hihihi
Lagi seminggu sahaja sis akan menamatkan status tunang orang. Masih sibuk dengan kerja, penyediaan barang kawen dan rumah baru. Pening tak kalau dengar semua ni prepare bulan 9 & 10 juga. Sampai hari ni duk settlekan rumah, dengan cat rumah, peralatan rumah semua, then nak cukupkan persiapan kahwin. Yang pernah hadapi sis ucapkan tahniah korang memang kuat💪💪.
Belum cerita duit nya lagi mahu rasa nak tido tak nak bangun sebab kene fikir dan fikir😅. So, total semua dalam 30k termasuk persiapan kawen dan rumah. Duit bisnes pun sis korek time ni😢. Nasib tak de SSM & bisnes acc lg time ni😂. Allah sahaja yang Maha tahu macam mana keadaan sekarang ni. Tapi percaya lah rezeki Allah ni luas, dalam kita rasa tak de apa, Allah beri dalam sekelip mata. Datang orang ni nak sponsor ini lah datang orang lain sponsor itu lah. Yang penting kene sentiasa bersyukur dan sebenarnya tak expect pun boleh kumpul sampai 30k, memang sis tak sedar langsung. Bila buat kire2 balik Allahuakbar, kuasa Allah diluar pemikiran kita. Kita sahaja yang merungut tak mampu sedangkan kita tak usaha pun lagi.
Okay berbalik pada persiapan kahwin yang sis nak share tu 😅, First thing first sis buat Nikah list. Kalau tak otak ni asyik bertukar-tukar nak macam tu lah nak macam ni lah. Sama juga konsep sis bertunang dulu, planning list sangat penting untuk orang macam sis ni yang sangat cerewet dan lagi satu supaya tak lari bajet. Ohh ya sebelum tu korang settlekan dulu borang nikah dekat pejabat agama daerah, bincang dengan partner tarikh boleh settle borang, kalau boleh korang pergi sekali dekat PAID tu terus complete. Jangan pergi berkali-kali sebab borang tak lengkap sebab sangat membuang masa dan ramai yang sis baca kata permohonan susah dekat PAID sebab mcam2 diorang minta sediakan tapi sebenarnya tak susah kalau korang faham prosedur. Yang penting korang kene cari sumber yang betul pergi je laman web JAIS untuk update yang terkini.
Macam sis 23/8 buat ujian HIV, 29/8 pihak lelaki settle di Paid dan 2/9 part sis pulak selesai di PAID. Sangat last minit ye sbb tarikh 29/10 dah nikah😅 sebab temujanji penuh tapi nasib baik sekali pergi terus settle. Alhamdulillah. Lepas dapat tarikh tu sis relax sampai la awal bulan 10 sis dah start beli barang yang sis listkan tu, tapi kebanyakan sis beli online je dan korang tahu tak baju nikah minggu kedua bulan 10 ni baru tempah, jangan tiru perbuatan ni sebab bahaya😂. Orang lain 3 bulan sebelum majlis dah tempah. Antara alasan buat semua last minit sebab nak buat simple saje😆 tapi sebenarnya simple macam mana pun tetap kene ada persiapan yang rapi juga kan.
Baju pun planning first cuma nak beli ready to wear je tapi sebab sis membesar bagai johan terpaksa tempah. Nasib pergi cari 2 minggu awal kalau last minit memang menangis je la dekat bucu katil😅. Sis memang cakap dengan parents sis nak se simple mungkin sebab tak nak membazir banyak dekat majlis, cuma nak spent more dekat barang rumah. Tapi kalau korang ada rezeki lebih tak salah untuk buat majlis besar, sekali seumur hidup In shaa Allah😅.
Mini pelamin. Harga boleh tengok dekat list😊
Ni antara nikah list sis buat;-
1- Pengantin perempuan
-mini pelamin RM 500(very satisfied)
-makeup RM 500 (half sponsored by triplet)
-baju (custommade jakel RM700 laki dan perempuan)
-veil (kain beli RM 160, sulam sponsored by KPJ staff)
-crown, recommended memang cantik giler, nak sewa dengan sis pon boleh comment je kat bawah😍(RM 54 Afrah Exclusive)
-kasut (pakai yang sedia ada)
-stokin (shopee , peminat silvy brand😅 Rm 28.60 utk 4 pcs)
-tudung (RM 69.90 pizza scarf but not recommended😓)
-anak tudung
-hand flower (kedai sayangku RM 70)
-facemask (innersejuk RM 54 2 pcs) sis recommend kat korang guna je facemask k94 dari yg kain sbb sis guna kain panas😂
-inai daun sbb sis memang peminat inai daun dr kecik😅(INAIDAMIA RM 53 2 pcs). tak de lukis2 sebab geli😅, semua pakai sendiri
-photographer include album n outdoor (RM 599)
2- Hantaran (lelaki beli sendiri barang dan perempuan beli sendiri kemudian tukar. Bajet untu barang sis RM 1000, brg lelaki tak sure😅)
-tali pinggang
-dompet
-bag
-kain pelikat
-kek
-baju kolar t shirt
-seluar
-jam
-al quran
-sejadah
-tuala
-manisan (sponsored by kak peja😍)
3-Lain -lain
-sticker tampal kotak makanan, Kalau time pkp ni atau tak nak buat majlis besar korang boleh letak dalam list korang untuk hebahan pernikahan tak de lah yg nak hantar mknn tu kene cerita panjang😂 (RM 57 200 pcs)
-kotak hantaran, ni pon sis rasa nak buat sewa, kalau berminat boleh komen je tau (hidden box, tempah online je RM150 5 box)
-ribbon lilit dulang (tak ingat berapa harga tapi beli je dekat kedai bunga)
-manik
-kertas lapik gabus
4-Hidangan makanan
- managed by my parents and half sponsored by parents in law.
Alhamdulillah settle penulisan setelah sebulan lebih menaip and gigih nak share list dekat korang. Korang kira sendiri lah berapa total semua untuk majlis yang sangat simple yang hadir 100 org jemputan hanya family dan kawan-kawan. Apapun terpulang dekat korang nak majlis yang macam mana, ada rezeki lebih boleh buat besar sikit. Apapun tolak ansur dan berlapang dada penting dalam waktu genting sebab banyak benda yang menguji kesabaran. lagi satu korang banyakkan bincang sampai jumpa kata putus jangan bincang gitu-gitu je, kene jelas apa yang dibincang. Pengalaman sis yang tak dapat dilupakan sebab semua sis n husband uruskan sendiri sampai lah hari majlis. Semua manual process tak de ambil cable. Semua supplier sis cari org luar, gigih survey harga dekat ig, fb, tiktok😅 . Next sharing sis akan share mengenai rumah dan isi dalam pulak. BTW thank you soooo much yang bagi hadiah peralatan rumah dan yang lain-lain, sangat-sangat bermanfaat dan seriously happy sangat.
"DREAMING BECOME TRUE"
No comments:
Post a Comment