Purple: KECIL YANG DISYUKURI

Wednesday, February 23, 2022

KECIL YANG DISYUKURI

 HELLOOOOOOO...

eee dah lama tak menaip, maklumlah busy jadi isteri, ahahaha. Ingat tak posting sebelum ni, sis ada mention nak share persiapan masuk rumah tapi sebab banjir. Sis share planning sis dengan husband dulu lah ye. Sis ni suka share planning sis dengan realiti yg terjadi sebab sis nak korang tahu planning sangat lah penting lagi-lagi melibatkan urusan dengan orang lain like family, husband ke atau sape-sape la. Lagi satu planning ni membantu juga utk kita achieve target dan jimat masa daripd buat benda yg sia-sia. Apepon depends on diri sendiri, selesa yang macam mana kan. Okay la, first planning before married, sis ada bincang dgn husband lepas kawen nak duduk mana sebab sis cakap dengan dia, sis tak nak duduk rumah parents, kalau boleh lepas nikah je terus duduk rumah sendiri. Sis bukan demand tapi sis nak jaga aurat adik beradik sis n tak selesa kalau duduk serumah. Bagi husband memang agak berat untuk fikir sebab dia fikir kene beli rumah, sis cakap dengan dia sis tak kisah kalau kita menyewa dulu sementara belum beli rumah. 

Selepas dari hari tu kita berdua duk search cari rumah sewa yg dekat dgn tempat keje kitorg berdua la. ahahaha sebab tak terfikir utk berhenti kerja. Nak dipendekkan cerita, sis ada bagi tahu dengan mak ada jumpa rumah sewa sekian sekian la, lepastu selang berapa minggu, mak bagi tahu nak buat rumah untuk sis tapi modal rumah sahaja mak boleh tolong, kalau nak cantik guna duit sendiri, nanti dah duduk rumah tu bayar dengan mak bulan2 macam sewa beli la gitu. Lepastu sis rasa macam tak sedap hati lah sebab adik beradik lain kawen tak dapat, sis pun cakap tak pe lah mak, mak buat untuk abg dengan kakak sis yang dah kawen. Mak sis cakap bukan mak bagi pun, kene bayar dengan mak. Lepastu sis cakap perasaan sis tu rasa tak sedap hati, takut adik beradik lain cakap apa pulak... Selang berpa minggu mak cakap dah bincang dengan abah nak buat dua biji rumah, satu kakak satu sis la.. lepastu sis bincang dengan husband macam mana semua la, dia cakap tak kisah tapi sis tanya balik tak kisah ke duk dekat dengan family saya?. Dia pun okay je. Start dari tu lah kitorg berdua beli keperluan rumah, struggle dia hanya Allah je yang tahu. Mak sis hanya modalkan rumah kosong sahaja, isi dalam like sink, kipas, toilet bowl, wiring n piping adalah kos sendiri. Total kos sendiri RM 7k lebih. Baca sampai habis, sis ada listkan barang-barang dengan harga.

Diam tak diam dah hampir tarikh nikah tapi rumah tak siap lagi, elektrik pun tak de lagi, so kita kene buat planning baru dengan husband, sis ckp dengan dia kalau rumah tak siap lagi, kita duduk asing dulu okay ke? sebab rumah tu lagi sikit nak siap, kalau duduk rumah sewa nanti susah tak sampai sebulan dah kene pindah balik. Husband pun cakap dia nak fikir dulu, Esok nye dia cakap kene explain dengan family masing-masing sebab takut ada yang salah faham. Sis pun bagi tahu lah dengan parents. 

Beberapa hari nak nikah tu, rumah dah siap cuma elektrik tak de. Jadinya kita buat mana yang boleh dulu macam cat rumah, basuh , lepastu beli perabot sikit-sikit. Kalau tanya penat ke tak penat?. sangat-sangat penat sebab beberapa hari dah nak nikah masih uruskan rumah itu ini, kalau orang lain kata jangan jumpa sebab darah manis, meh sini duduk situasi kami, kita tak de berdating gelak tawa bersuka ria tapi hanya bercakap soal hidup akan datang, Asal jumpa je bincang soal rumah macam cat rumah, basuh rumah tapi itupun ade family yang lain bukan kita berdua saje. Awalnya memang kami ada bajet untuk cat rumah tapi sebab ayah mertua sis nak sponsor maka rezeki kami la...ahahaha. Duit yg kumpul tu boleh beli keperluan yang lain. alhamdulillah...

Rezeki kami lagi, hari Jumaat hari pernikahan sis tu pagi-pagi TNB sampai pasang meter so dah ada elektrik la, terbatal la planning untuk duduk asing tu😍. Alhamdulillah Allah mudahkan perjalanan sis dari awal sampai la masuk rumah, mudah yang sis maksudkan bukanlah tak de ujian halangan, ada je semua tu cuma perlu bertenang dan sabar, minta dekat Allah supaya mudahkan semuanya. Yang paling penting percaya dekat Allah setiap apa yang kita buat. Usaha pun kene ada, biar penat berpeluh-peluh busuk uruskan sana sini sama-sama untuk kehiduapan bersama. Ni antara gambar rumah dari pertama buat, sis tak design ke apa sis cuma minta pintu masuk tak nampak orang tengok tv.




60% siap

selepas cat dan pasang kipas, belum basuh lagi.

Selepas saja nikah, malam terus duduk rumah sendiri, tolong sama-sama angkat barang2 dan bermula lah fasa untuk penuhkan barang rumah sikit-sikit. Penat majlis kawen tak habis lagi sambung pula dengan penat kemas barang rumah, Ya tanggunngjawab tu takkan pernah habis. Barang elektrik beli dengan harga RM 3k untuk 3 barang, washing machine, fridge and tv, tu pon ambil yg ada discount kaw2, racun tiktok jugak...ahahaha.  So, tambah tolak lebih Rm10k kos sendiri utk permulaan. Dua minggu selepas tu, beli pinggan, kuali semua la termasuk barang2 yg lain almost 2k. banyak beli kat kedai 2.20 je uolzzz.. Buat ada je dulu, nak cantik-cantik nanti dulu okay, ye memang kita perempuan ni nak itu ini, ada deco pilihan tapi kene ikut bajet semasa juga. ahahaha...

Paling penting beli barang yang sangat perlu dulu, kemudian baru beli yang lain-lain. Alhamdulillah juga sebab barang2 dapur elektrik banyak dari hadiah kawen. sis memang sangat berterima kasih semoga dapat pahala berterusan mengalir dekat pemberi sepanjang sis guna untuk masak2..aminn. Sekarang rumah sis dah ada sofa tapi second hand je la, family banyak nasihat sis, bersyukur jangan nak terus mewah, orang tua2 kata baru nak mula hidup. Owhh ya ada lg barang lain yang secondhand macam meja makan, meja tv tu semua orang bagi, selagi masih elok kita guna. Husband sis yang paling banyak tenangkan kehendak sis yg acah-acah high demand ni. Alhamdulillah sekarang sis ada rasa lebih tenang n bersyukur lebih banyak berbanding dulu. Yela, sebelum kawen, kita dah save gambar2 deco rumah, ahahaha tibe2 kawen ya Allah bukan semudah itu nak dapat. kesian husband struggle cari duit untuk penuhi impian sis.

List barang masuk rumah pertama

Barang Elektrik Hadiah Kahwin (Terima kasih banyak siapa yg berkongsi rezeki, semoga dipermudahkan urusan dan dilimpahkan rezeki yang berkat)

  1. Dapur masak
  2. Rice cooker
  3. Blender
  4. Oven
  5. Air fryer
  6. Multi-cooking
  7. Vacuum
  8. Kuali masak ada 3 biji dari hadiah kawen 
  9. Langsir sponsored by ayah mertua sis
  10. Ironboard sponsored by mak sis



Barang Elektrik Yang Beli Cash. Harga tak ingat tapi total 3 barang tu termasuk gift bagi dekat mak mertua dgn mak sis RM3k lebih. Bagi sis murah la...

  1. Mesin basuh (inverter)
  2. Fridge (5 star)
  3. Tv (4 star)
  4. Microwave (gift for mother in-law)
  5. Blender (gift for mak sis)
Barang perabot
  1. Set katil termasuk almari baju Rm2k
  2. Rak barang elektrik & stock makanan Rm200 lebih
Mampu beli rak ni dulu

kumpul duit barulah beranak rak letak stok makanan

View dari ruang tamu (tv)

Dapur 



Next topic sis nak share persiapan raya buat pertama kali bersama cik suami..Kalau korg ada topic yang nak sis share, boleh je comment kat bawah tu😊

No comments:

Post a Comment

Weaning Off Journey

  Haishh dah lama sis tak menaip Topik kali ni more to parenting journey. sebab life sis dari single, wife, and now dah jadi mom to beloved ...