Purple: May 2023

Tuesday, May 23, 2023

REVIEW AVILLION PORT DICKSON)

 

Lagi 2 bulan dah nak setahun usia perkahwinan sis dgn husband. Makin dekat tarikh anniversary makin rindu nak bercuti berdua. Malas nak cerita panjang tapi nak share tempat bercuti tahun lepas, macam biasalah sebelum bercuti mesti dalam otak ni duk fikir tempat yang best dan berbaloi dengan harga. Kalau sis tak suka tempat yang crowded dan tempat yang jauh berjalan nak pegi satu tempat ke tempat yang lain. Mula2 dah give up nak fikir terus cakap dengan husband kita pergi Cameron highland atau pangkor je la sebab tu je la tempat yg pernah pegi then dah tahu tempatnya macam mana senang sikit, kurang memikir nak mkn kat mana, tidur kat mana kan. Husband pulak jenis yang demand sikit kalau bercuti tapi tak nak memikir, geram pulak.

Di pendekkan cerita, sebelum pergi bercuti, sis la duk siang malam search google dengan tengok youtube review tempat tempat bercuti. So kalau tengok review ni puas hati sikit sebab diorg buat video mesti ikut kepuasan hati diorg. Lepas tu laki sis ni nak tempat bercuti yang boleh memancing, mmm tu la hobi dia. kita ni melayan je la. Lepastu jumpa lah orang review avillion Port Dickson tu boleh memancing and tempat dia memang cantik.

Ni cara korang nak booking avillion.

First masuk kat website die https://www.avillionportdickson.com/

Jangan booking dekat apps trivago ke, booking.com ke. Jangan tau sebab kalau korang nak bercuti mana-mana better pergi dekat website dia supaya mudah kalau terjadi apa2 macam nak claim ganti rugi ke apa2 lah.

Lepastu korang boleh tengok dalam website tu jenis penginapan tidur kat sana dengan harga sekali. Masa sis pergi tu sis amik yg agak pricey sikit premium water chalet 3 hari 2 malam. Oh btw kalau korang memang nak bercuti kat sini, korang amiklah 3 hari 2 malam sebab memang best tempat dia dan korang ade masa untuk rehat2 kan badan tak de lah tergesa-gesa kejar masa. Kenapa agak pricey sebab nya chalet ni mengahadap laut so bangun pagi tu memang depan korang laut tak de la korang bukak tingkap nampak bilik lain.

Bila korang dah booking semua tu, kalau keluar tu kene bayar kan, better korg pilih pay now tapi bukan bayar time tu jugak pon. Then die akan hantar email la kat korang, lpstu bila tak deduct dari account ni kalau korang cancel tak de la risau die ambil percent ke apa.

Rasa-rasa nak share ke apa kene bawa? Rasanya tak payah la kot tapi yg penting kalau nak mancing ke tangkap ketam ke better bawak sendiri peralatan memancing tu sebab kat sana kene sewa, mahal. Bende boleh jimat kita jimat.

Nanti hari yang korang check in tu korang sebut je booking under nama sape then kalau booking dekat website dapat free breakfast dekat restaurant die dan hi tea 2 hari dekat avi lounge kalau korang book 3 hari 2 malam la. Avi lounge ni spa atas die café lepastu ada tempat duduk cantik giler berlatar belakang kn laut. Korang bertapa la kat situ sambil tgk sunset. Dessert kat situ free dan sedap, makan sampai kenyang. Oh lg satu kalau korang book dekat website korang akan dapat discount 11% off. Lagi satu sis nak puji service dia tip top kalau barang korang banyak kan dia ada service angkat kan barang korang sampi bilik la.

Habis cerita check in, nak sambung pulak aktiviti kat dalam tu pulak. Dalam ni korang boleh nampak mini zoo tapi tak banyak haiwan la dalam tu. Selain tu, korang akan nampak swimming pool. Kalau untuk budak2 pon ada tapi jauh sikit dari pool orang dewasa la then ada karoke jugak tapi sis tak sure bayar ke tak sebab tak masuk. Then,yang minat memancing tu boleh lah mancing area chalet tu, yang penting tangkap la ketam. Memang sedap ketam tu bila balik terus masak lemak sebab fresh.

ni antara aktiviti sis sepanjang 3 hari 2 malam

3.00 pm - check in

4.00 pm - keluar cari umpan mancing dengan tangkap ketam

6.30 pm - hi tea dekat avi lounge (free)

9.00 pm - keluar dari resort cari makan, makan steamboat (nama kedai x ingat😅

10.30 pm - rehat dekat bilik (laki sis mancing dpn bilik je)

view Avi lounge


                                         Hi-tea dekat Avi lounge




esoknya:-

10.30 am - keluar jalan2 dekat resort nak p sarapan tu singgah jap mini zoo 

11.30 am- breakfast

jalan2 dekat resort

5 pm - keluar pegi pasaraya lagi cari umpan

6 pm- mandi pantai

7 pm - hi tea dekat avi lounge (free)

lps maghrib duk bilik santai-santai (laki sis macam biasa mancing dpn bilik


                                            Makan steamboat kat luar

                                             Aktiviti tangkap ketam




esoknya

10.00 am - breakfast

11.30 am - mandi dekat swimming pool

12.00 pm - check out

Weaning Off Journey

  Haishh dah lama sis tak menaip Topik kali ni more to parenting journey. sebab life sis dari single, wife, and now dah jadi mom to beloved ...