Assalamualaikum.
Mesti korang dah agak next topik sis nak share
apa kan? Sebelum sis masuk pada topik sebenar, sis nak ucapkan terima kasih
banyak pada korang yang sudi baca bebelan dan perkongsian sis. Kalau korang ada
cadangan topik boleh lah comment kat bawah tau. Semua penulisan dan perkongsian
dalam blog ni tak de kaitan dengan mana-mana pun, semua berkaitan pengalaman
hidup sis.
Okay lah sis terus masuk topik kenapa sis pilih
bersalin di swasta? Sebab sebelum ni kan sis ada share pengalaman bersalin
normal then ada mention sis ada 2 follow up check up dari gov and private.
Sebenarnya bersalin di swasta ni bukan pilihan tapi menumpang rezeki suami yang
kerja di hospital private. Husband as a staff of private hospital ada benefit
maternity cover for wife, so gunakan lah benefit tu. Awal kahwin lagi husband
ada inform pasal semua benefit dia tapi sis tak berapa nak faham sangat, bila
dah lalui baru owhh macam ni.
Bila dapat tahu je sis pregnant, dia terus
tanya kawan-kawan dia macam mana cara checkup and claim benefit tu la. So, atas
nasihat kawan2 dia untuk anak first better buat dua checkup dari gov and
private. Mula-mula sis rasa berat hati sangat nak bersalin dekat swasta sebab
masa tu banyak dengar cerita negative case berlaku dekat private hospital waktu
melahirkan tapi husband sis la banyak bagi kata positif supaya jangan banyak
fikir yang tak elok. Persoalannya kenapa better buat dua checkup? Sebab nye
diorang kata senang nanti apa-apa berlaku kalau kene transfer ke kerajaan, kita
ada history record dari gov dan senang waktu anak sekolah nanti. Jangan tanya
lebih-lebih apa yang senangnya sebab sis belum lalui lagi😅
Bila ada dua checkup ni biasanya Dr dari private akan refer record checkup dari kerajaan je. So setiap bulan sis checkup di kk macam ibu mengandung yang lain, ujian air kencing, timbang berat dengan check hb. Bila sampai appointment di private, Dr akan scan baby sahaja kalau tiada masalah apa-apa. Kalau tanya apa yang best di private, sis boleh cakap dapat scan setiap bulan tengok perkembangan baby. ahahaha…Checkup di kerajaan pula sis tak nafikan sangat detail tapi sis agak stress sikit. Lagi satu yang bestnya di swasta yang checkup sis adalah Dr bukan nurse, so setiap bulan Dr pakar yg sama akan follow up perkembangan kita setiap bulan sampai ke hari masuk labour room. Btw Dr korang boleh pilih nak Dr mana, waktu sis ada dua doctor sorang muslim Dr Asmah lagi sorg non-muslim Dr Lilian so sis pilih Dr Asmah. Malas pulak nak cerita benefit lain sebab korang pun sedia maklumkan kalau private ni service and facility dia memang tip top la. Anak menangis pun korang boleh tekan je button merah suruh nurse ambil jaga kan. Lepas bersalin memang ibu di bagi rehat. Government benefit dia more kepada checkup dia sangat detail nak di banding kan dgn private. Di gov hb rendah sikit kite akan refer Dr then kene buat appointment lain. Kalau private memang Dr pakar sendiri yg akan follow up so tak perlu banyak appointment dalam masa sebulan.
Dari segi harga pula, sis tanya husband
semalam, dia cakap kalau normal RM 3k setengah kalau ceaser almost RM10k. kalau ambil
epidural atau apa-apa ada charge lain then ikut jenis bilik juga ada single bed
ada double bed. Ha gitu je sis boleh explain, kalau nak lebih detail boleh call
terus private hospital. Time sis, husband ambil single bed so lebih privacy. Apapun
mana-mana sama je kalau nak nak bersalin kaedah nya sama cuma facility and service
je berbeza. Sis share poster yang di tampal dekat pintu klinik Dr. Asmah
Thank youu! ❤️
ReplyDeleteWelcome🥰
Delete