Sis nak
share sikit pengurusan kewangan keluarga kecil sis tapi sis guna konsep “ komitmen
dan hutang wajib bayar dan simpanan mesti ada walau sikit”. Sis tak guna yang
konsep percent tu sebab tak boleh adapt buat masa sekarang. Ada ketika kewangan mengalami traffic jammed lagi-lagi time renew insurance kereta dengan service kereta tapi chill2 je sbb duit bonus kan ada. Lagi satu
pengurusan kewangan ni kene banyak berbincang dengan pasangan supaya dua-dua
komited dengan kewangan keluarga. Btw, sis guna cara ni dari awal kahwin sampai
sekarang, alhamdulillah dua-dua istiqamah, hahaha.
Komitmen
wajib
-Utilities
-Barang Dapur
-Saif Sitter
-Petrol
-Parents
-unifi
Hutang
-Coway
-Rumah
-Kereta
-PTPTN
Simpanan
-Simpanan bulanan
-Simpanan untuk Anak
-Tabung Haji
setiap bulan mesti masuk sampul mcm ni
Korang
jangan salah faham tau, yang dekat atas tu bukan sis tanggung sendiri tapi
bersama dengan husband, ada yang husband tanggung sorang ada yang sis tanggung
sorang dan ada yang tanggung bersama. Itu hanya secara umum sahaja sis kongsi.
Sis senang je
bila yang semua dekat atas tu dah settle baki nya kitorang enjoy beli baju anak la, beli toys anak la, makan luar la itu lah ini la, silap langkah
habis la awal, ahahahaa tengah bulan berhuhuhu la laki bini tapi yang penting
kita dah utamakan mana yang utama. Tapi selalunya memang laki bini saling ingat
kan lah supaya berjimat sebelum habis dan normal bagi kitorang kalau nak hujung bulan banyak makan nasi goreng dengan telur. Susah-susah duhulu senang kemudian.
Simpanan
tak bocor ke? Tipu lah kalau kata tak bocor tapi bukan lah setiap bulan nak
bocor, simpanan sis dengan husband pernah bocor teruk time kitorang kene covid sebab
banyak ubat ubatan dengan test kit time tu mahal. Time tu redha dan bersyukur
ada simpanan.
DREAMING BECOME TRUE
No comments:
Post a Comment