Sis nak start part 2 pulak👀
Sem last degree adalah masa menghabiskan internship dan fyp so, dekat rumah la sis banyak buat kerja rumah😍. Pagi bangun tolong mak masak pastu pergi praktikal balik dah nak maghrib masak lagi makan malam. Habis intern, sis jaga baby dan buat kuih sikit-sikit tolong mak sambil buat fyp😅. Dapat lah juga duit tambahan untuk keperluan sendiri hasil jaga baby dengan buat kuih. Masa tu la rasa macam mak budak sambung belajar sebab sambil buai anak sambil review journal😅 lepastu lap peluh kat dahi😂
Lepas settle je fyp, sis terus fokus dengan bisnes keropok lekor frozen sebab time tu sis dah jumpa dengan orang yang mempunyai minat yang sama tapi tak tahu nak mulakan. Then, sis pun bincang dengan dia apa yang kita nak bisnes ni😅. Fikir punye fikir, kite start dengan modal yang sedikit lah tak mau terus ribu riban modal, bisnes je ape yang ada time tu. Dengan yakinnya lahirlah Deliciouszzzzzz kitchen. Choppp!! kali ni bukan mak lagi yang keluarkan modal tapi partner sebab dia dah bekerja dah ada pendapatan. Time tu modal dalam Rm 100 lebih sahaja dan bila dah dapat keuntungan bayar balik modal tu.
DELICIOUSZZZZZZ KITCHEN
Start pada awal January 2020. Produk pertama yang menggunakan nama Deliciouszzz adalah keropok lekor frozen, target customer masa tu adalah orang yang terdekat, kawan-kawan dan kawan tempat kerja partner sis. Alhamdulillah dapat sambutan juga sebab sekali order satu hari 20 pack. Oh ya masa ni still jaga baby tapi dah habis settle fyp so sis tukar tiitle jadi ala ala suri rumah yang berjaya😅
Apa yang istimewa nya keropok lekor frozen Deliciousz ni?💘
1. Keropok yang fresh rasa ikan lebih di dalam
2. Sos keropok lekor yang dibuat khas sebagai penyedap rasa
3. Potongan keropok yang memang sedap untuk dimakan
Selepas itu, pada bulan yang sama juga sis ada iklankan di fb marketplace tapi tidak ada langsung sambutan. Maka kecewa lah sis tapi macam biasa la tak lama pun kecewa, kejap je😉 sebab ada partner yang supportive. Then, sis pun teruskan je la promote dekat ig story, whatsapp story dan kawan kawan rapat. Tapi diam diam sis promote je dekat marketplace fb walaupun sis tahu tak de yang nak beli😂.
Makin lama sales drop sebab kurang marketing dan mengharap customer repeat. Actually, bukan mengharap tapi tak tahu macam mana nak tingkatkan sales.
Dan pada bulan March, kuasa Allah tiada siapa boleh halang dan tahu, orang kata kalau Allah nak jadikan sesuatu sekelip mata je boleh jadi😍
Nanti sis sambung la part 3 ape yang berlaku 😎
No comments:
Post a Comment