Assalamualaikum😍
Alhamdulillah lepas dah celebrate birthday my mom. Jom tarik nafas panjang (lagu didi & friends)😂.
Sis tak tahu nak cerita apa tapi ada benda yang sis rasa perlu share dengan korang. Yang baik ambil, yang buruk tinggalkan, okay😉.
Sis nak share mengenai business. Menarik bagi orang yang berminat dengan bisnes atau ingin menambahkan pendapatan. Tapi bagi sis, better ada minat daripada ingin membuat side income supaya bisnes kita lebih tahan lama.😎
Sis share la sikit pengalaman dalam dunia bisnes.yang bermula zaman kolej dulu sebenarnya. Sis adalah daripada family business background. chopp!! jangan assume oh patut la senang buat bisnes. Meh sis cerita my mom bisnes buat kuih dan katering, bisnes kecil2 sahaja tapi alhamdulillah berjaya pada tahap yang sekarang sehingga dapat menampung kami adik beradik sambung belajar. Abang sis yang orang tengok mcam kaya kan tapi banyak komitmen😅 hanya bisnes pasar malam jual keropok lekor. Itu sahaja. My mom dulu ada buka kedai runcit means memang berniaga ni dah jadi darah daging family sis.
Okay, let's start my business journey😅sebelum sambung degree, sis ada pergi banyak interview tapi tak dapat then bersedihlah seketika tak lama pun. Last2 tolong mak je la buat kuih time tu sebab fikir better aku belajar kemahiran boleh buat duit, so terbentuk la kuih cara made by sis😂. Masa tu sis dapat duit Rm20 sehari. Simpan punye simpan dapat lah bayar duit ptptn😝.
Masa degree, sis start try jadi dropship, time tu ingatkan boleh la jalan sebab niat time tu nak dapat duit lebih. Tapi sis silap kalau niat ke arah tu sebenarnya sis ada rasa tak cukup dengan duit sis time tu. Dropship sis tak dapat sambutan masa tu. Tapi tak pe, dengan niat yang salah tu lah sis jadi lebih nak tahu tentang dunia bisnes dan lama kelamaan jadi minat😍. Minat ni kene pupuk bukan lahir lahir je terus ada minat.
Lepas tak menjadi dalam dunia dropship😓, sis terfikir nak ambil barang dekat orang then jual balik. Masa tu fikir nak ambil cookies dari tempat intern sis masa diploma pastu jual balik dengan markup la. Dalam beberapa bulan, sis terfikir harga terlalu mahal kesian dengan customer, so sis bincang dengan mak nak buat bisnes sikit so terhasil la popia nestum. Every weekend sis akan balik rumah buat popia nestum. Mak yang keluarkan modal time tu, modal plastik dan sealer machine (Rm 70)😂. Moment yang tak dapat dilupakan. jangan tanya bab penat sebab nak bisnes ni penat itu rutin😍. Dah nak dekat exam, sis tak dapat nak balik n top up stock, so sis cari cookies dari tempat intern tu balik n jual, dan2 time tu nak raya juga, so yeahh lets grab the opportunity. alhamdulillah dapat beli baju raya sehelai😍.
Degree sem last, bermula lah kisah seorang entrepreneur, nanti balik keje sis sambung la cerita😅
DREAMING BECOME TRUE
No comments:
Post a Comment