Purple: CARA MENYEMAK WANG TIDAK DITUNTUT DI JABATAN AKAUN NEGARA

Tuesday, December 15, 2020

CARA MENYEMAK WANG TIDAK DITUNTUT DI JABATAN AKAUN NEGARA

 Assalamualaikum

Setelah berapa minggu tak update blog sebab dalam mood swing sikit. hihihi

Hari ni sis nak share mengenai cara menuntut atau semak duit di Jabatan akaun negara. Disebabkan pemohonan sis for my dad dah berjaya dan dah dapat pun duitnya, alhamdulillah, sis rasa nak share pulak dengan korang. Bagi anak-anak ynag sangat mahir dengan dunia internet boleh lah tolong mohonkan untuk orang tua kita. 

Step 1:

Type di google WTD dan klik pada paparan yang pertama. 


Step 2: Klik pada "pendaftaran" yang berada pada kanan atas 


Step 3: Isi kan semua maklumat yang diperlukan seperti di bawah

Step 4: Sudah selesai daftar, klik pada log masuk yang berada pada kanan atas

Step 5: Bila keluar macam ni, korang boleh klik pada kotak warna purple "klik di sini untuk carian wang tak dituntut"


Step 6: Masukkan no kad pengenalan korang atau orang nak disemak. No kad pengenalan orang lain pun boleh semak tapi sehari terhad 2 nombor I/C sahaja.


Step 7: Kalau ada wang boleh dituntut, dia akan keluar macam kat bawah niπŸ‘‡, kemudian klik pada mohon dan isi maklumat yang diminta



Step 8: Selesai part memohon. kemudian korang hantar dokumen sokongan di email permohonan_wtd@anm.gov.my. Senarai dokumen yang perlu dihantar:
 
1. Borang UMA7-cetakan komputer (Borang ini akan keluar pada akaun e-gumis korang pada bahagian tindakan. korang download la ye 😊)

 


2. Borang UMA7 yang telah ditanda tangan. (Borang ni korang boleh klik https://egumis.anm.gov.my/ Kemudian klik pada "muat turun"  lepastu print out. Fill up by hand😜)

 


3. Senarak semak permohonan (lupa la pulak download kat mana borang ni, tapi kalau korang nak boleh tinggalkan email dekat comment, nanti miss D hantar)

 


4. Salinan muka depan buku akaun masih aktif
6. Kad Pengenalan 

lastly tunggu dalam sebulan, korang boleh semak dalam akaun e-gumis berjaya atau tidak. Tips kalau korang nak buat untuk orang tua kita terus buat akaun e-gumis atas nama diorang. senang tak perlu banyak dokumen sokongan.

good luck 

DREAMING BECOME TRUE


No comments:

Post a Comment

Weaning Off Journey

  Haishh dah lama sis tak menaip Topik kali ni more to parenting journey. sebab life sis dari single, wife, and now dah jadi mom to beloved ...