Hi uollzz. Eh....
assalamualaikum ๐
Sis share sikit mengenai perjalanan selepas habis belajar. Kebiasaan nya sem last adalah sem yang sangat stress and hectic for student but just calm okay. Habis je sem, rehat lah dulu dalam 2 minggu mcm tu sambil cari kerja dekat google tapi jangan terlalu terburu-buru sampai anxiety, stress, depress sebab tak dapat kerja lagi. Slow-slow kita ikut rentak kehidupan, chill je okay๐
Habis rehat boleh la ready physical and mental untuk masuk alam pekerjaan pula sebab tak perlu tunggu konvo ke apa. Terus berusaha cari kerja yang bersesuaian dengan kita walaupun tak sama dengan bidang kita ambil waktu belajar. Time ni kene buang demand and expectation dari segi jawatan atau gaji. Niatkan dalam hati untuk mengisi masa lapang dan belajar dunia pekerjaan. Waktu ni jangan sesekali sombong lagi elok contact kawan-kawan kalau ade part time job ke boleh ikut join sekali sebab bagus untuk kita cari skills dan sesuaikan badan dengan pekerjaan. Time betul-betul habis belajar, sis buat bisnes kecil jual keropok lekor frozen je๐ yang penting isi masa lapang. Masa tu kira dah bangga dah dapat jual 500 pack sebulan๐Then, kawan sis tolong masukkan sis dalam JAIS bahagian Halal sebagai pekerja sambilan harian sebab nak pengalaman dalam halal.
Selepas dah sesuaikan diri dengan dunia pekerjaan macam bangun awal pagi, komitmen, suasana kerja dan sebagainya, boleh lah cari pekerjaan yang stabil maksudnya dari segi gaji dan kehendak. Jangan takut dengan kebolehan dan keupayaan diri. Cakap dengan diri "Andai dulu aku pendiam, penakut, result tak power tapi sekarang aku boleh capai apa yang aku nak". Azam diiringi dengan doa boleh menambahkan keyakinan diri. Orang kata kalau tak dapat kerja lain jangan berhenti dulu sebab takut tak dapat mana-mana. Betul lah orang kata tu.
Tapi sis lain sikit sebab sis tak pandai buat dua benda dalam satu masa. Sis tekad tak nak sambung kontrak JAIS dan level tawakkal hanya Allah yang tahu. Walaupun mak sis tak setuju dengan keputusan tu tapi sis memang yakin dengan keputusan sis sebab hati sis tak ada rasa risau atau serba salah tapi rasa tenang je . Dalam masa yang sama sis dah ada plan A sampai Z๐.
1 June 2020 bermula la karier sis di syarikat logistik. Alhamdulillah rezeki Allah tak de yang boleh halang atau tahan.
ANTARA PELUANG PEKERJAAN GRADUAN DALAM BIDANG HALAL
1-Halal Executive pada 8 jenis industri boleh apply
Tips dia search google "Halal Vacancy" biasanya dekat Indeed.com banyak. Kalau lebih rajin buat walk in interview.
- Food & Beverage
- Food Premise
- Slaughterhouse
- Logistics
- Cosmetic
- Pharmaceutical
- Consumer Good
- Medical Device
2-Halal Consultant
3- Lecturer
- Cara apply lecturer adalah search di google kolej yang menawarkan kos Industri Halal. kalau Degree boleh lah mohon kolej swasta. Masuk dalam website kolej tu, klik sahaja pada ruang kerjaya.
- Antaranya:-
- kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ)
- Kolej BaitulMal MAWIP
- Misdec
- Kolej Murni
GAJI PERMULAAN UNTUK FRESH GRADUATE
Tips ni daripada boss sis sendiri, sis share dengan korang
1- Selidik jenis company samaada kecil, sederhana atau besar.
2- Selidik tempat company samaada bandar atau luar bandar.
Kebiasaannya rate halal fresh graduate with zero experience RM 2.3K bagi company di kawasan bandar. Minimum RM 1.8K.
Lastly, semoga bermanfaat pada semua yang baru melangkah ke alam pekerjaan.
DREAMING BECOME TRUE
No comments:
Post a Comment