Hi korang, bacalah sedikit perkongsian yang sis rasa ni😆
2020 menjadi antara tahun yang paling bersejarah pada semua orang. Tipulah kalau sis kata tak terkesan dengan pandemik Covid-19. Kemungkinan akan jadi sesuatu yang baharu dan kebiasaan pada semua orang. Nak sedih terlalu lama pun tak boleh melainkan fikir cara penyelesaian.
Perkara yang sis rasa terkesan adalah tengok budak-budak tak sekolah. Tapi nak buat macam mana tiada solusi lain melainkan usaha dari ibu bapa. Tapi tu lah komitmen ibu bapa sudah menjadi sangat besar dalam pendidikan anak-anak zaman sekarang. Lebih mencabar nak penuhi tuntutan komitmen kerja dan pendidikan anak sepenuh masa.
Sis tengok sendiri anak buah sis sudah semakin lupa ilmu waktu belajar. Allahu tak dapat bayangkan generasi akan datang mungkin hanya kemewahan adalah yang utama berbanding ilmu pengetahuan.
Media Sosial yang semakin mendapat perhatian kanak-kanak yang lebih memupuk semangat untuk menjadi terkenal di khalayak ramai. Tidak memandang kira batas kandungan yang dicipta untuk meraih pengikut yang ramai. Sis belum berkahwin tetapi sis memikirkan apa yang hendak sis dedahkan pada anak-anak jika persekitaran sekarang tidak boleh lari daripada gadget dan perkara yang viral. Sangat-sangat takut bila fikir balik dan kadang-kadang terfikir boleh ke sis jadi parents yang macam parents sis dulu?.
Sis ada phone sendiri setelah umur sis 17 tahun, itu pun hanya nokia 3310 untuk keperluan asrama sebab ketua asrama perempuan dan atas arahan warden untuk bawa handphone bagi memudahkan urusan asrama. Masuk diploma pakai lagi handphone tu padahal semua kawan-kawan dah pakai smartphone😂. Nak mintak dekat mak serba salah. last2 mak sis offer nak belikan sebab keperluan masa tu untuk tahu jadual kelas semua melalui whatsapp. Sangat bersyukur dah masa tu😍.
Bila teringat balik menitis air mata, hikmah di sebalik kesusahan dan ketegasan mak abah didik sis ada banyak kebaikan yang sis dapat. Bila dah pegang smartphone rasa lebih banyak keburukan sis dapat walaupun orang kata kalau kita guna secara baik maka dapat lah manfaatnya tapi sis rasa memang dapat manfaat tapi lebih sikit berbanding keburukan. Sebab tu kalau nampak sis teruk, itu adalah dari diri sis sendiri bukan hasil didikan mak ayah sis.
Tapi sis kene terima hakikat yang gadget perlu pada anak-anak sekarang cuma perlu belajar cara menguruskan. Soo sad babe😓
Sis sarankan pada instafamous please buat lah content yang mendidik dan mengajak bukan mengejar trend semata-mata. Content mengkritik pun tidak perlu bagi sis. Jika hendak menegur better secara personal sebab bagi pendapat sis jika dijadikan content ia akan jadi semakin viral dan lebih mengajak membuat perkara tersebut.
DREAMING BECOME TRUE
No comments:
Post a Comment