Purple: January 2021

Sunday, January 17, 2021

2020

Hi korang, bacalah sedikit perkongsian yang sis rasa ni😆


2020 menjadi antara tahun yang paling bersejarah pada semua orang. Tipulah kalau sis kata tak terkesan dengan pandemik Covid-19. Kemungkinan akan jadi sesuatu yang baharu dan kebiasaan pada semua orang. Nak sedih terlalu lama pun tak boleh melainkan fikir cara penyelesaian.

Perkara yang sis rasa terkesan adalah tengok budak-budak tak sekolah. Tapi nak buat macam mana tiada solusi lain melainkan usaha dari ibu bapa. Tapi tu lah komitmen ibu bapa sudah menjadi sangat besar dalam pendidikan anak-anak zaman sekarang. Lebih mencabar nak penuhi tuntutan komitmen kerja dan pendidikan anak sepenuh masa.

Sis tengok sendiri anak buah sis sudah semakin lupa ilmu waktu belajar. Allahu tak dapat bayangkan generasi akan datang mungkin hanya kemewahan adalah yang utama berbanding ilmu pengetahuan.

Media Sosial yang semakin mendapat perhatian kanak-kanak yang lebih memupuk semangat untuk menjadi terkenal di khalayak ramai. Tidak memandang kira batas kandungan yang dicipta untuk meraih pengikut yang ramai. Sis belum berkahwin tetapi sis memikirkan apa yang hendak sis dedahkan pada anak-anak jika persekitaran sekarang tidak boleh lari daripada gadget dan perkara yang viral. Sangat-sangat takut bila fikir balik dan kadang-kadang terfikir boleh ke sis jadi parents yang macam parents sis dulu?.

Sis ada phone sendiri setelah umur sis 17 tahun, itu pun hanya nokia 3310 untuk keperluan asrama sebab  ketua asrama perempuan dan atas arahan warden untuk bawa handphone bagi memudahkan urusan asrama. Masuk diploma pakai lagi handphone tu padahal semua kawan-kawan dah pakai smartphone😂. Nak mintak dekat mak serba salah. last2 mak sis offer nak belikan sebab keperluan masa tu untuk tahu jadual kelas semua melalui whatsapp. Sangat bersyukur dah masa tu😍. 

Bila teringat balik menitis air mata, hikmah di sebalik kesusahan dan ketegasan mak abah didik sis ada banyak kebaikan yang sis dapat. Bila dah pegang smartphone rasa lebih banyak keburukan sis dapat walaupun orang kata kalau kita guna secara baik maka dapat lah manfaatnya tapi sis rasa memang dapat manfaat tapi lebih sikit berbanding keburukan. Sebab tu kalau nampak sis teruk, itu adalah dari diri sis sendiri bukan hasil didikan mak ayah sis.

Tapi sis kene terima hakikat yang gadget perlu pada anak-anak sekarang cuma perlu belajar cara menguruskan. Soo sad babe😓

Sis sarankan pada instafamous please buat lah content yang mendidik dan mengajak bukan mengejar trend semata-mata. Content mengkritik pun tidak perlu bagi sis. Jika hendak menegur better secara personal sebab bagi pendapat sis jika dijadikan content ia akan jadi semakin viral dan lebih mengajak membuat perkara tersebut.

DREAMING BECOME TRUE


Tuesday, January 12, 2021

FRESH GRADUATE JOURNEY

 Hi uollzz. Eh....

assalamualaikum 💖

Sis share sikit mengenai perjalanan selepas habis belajar. Kebiasaan nya sem last adalah sem yang sangat stress and hectic for student but just calm okay. Habis je sem, rehat lah dulu dalam 2 minggu mcm tu sambil cari kerja dekat google tapi jangan terlalu terburu-buru sampai anxiety, stress, depress sebab tak dapat kerja lagi. Slow-slow kita ikut rentak kehidupan, chill je okay😎

Habis rehat boleh la ready physical and mental untuk masuk alam pekerjaan pula sebab tak perlu tunggu konvo ke apa. Terus berusaha cari kerja yang bersesuaian dengan kita walaupun tak sama dengan bidang kita ambil waktu belajar. Time ni kene buang demand and expectation dari segi jawatan atau gaji. Niatkan dalam hati untuk mengisi masa lapang dan belajar dunia pekerjaan. Waktu ni jangan sesekali sombong lagi elok contact kawan-kawan kalau ade part time job ke boleh ikut join sekali sebab bagus untuk kita cari skills dan sesuaikan badan dengan pekerjaan. Time betul-betul habis belajar, sis buat bisnes kecil jual keropok lekor frozen je😅 yang penting isi masa lapang. Masa tu kira dah bangga dah dapat jual 500 pack sebulan😂Then, kawan sis tolong masukkan sis dalam JAIS bahagian Halal sebagai pekerja sambilan harian sebab nak pengalaman dalam halal.

Selepas dah sesuaikan diri dengan dunia pekerjaan macam bangun awal pagi, komitmen, suasana kerja dan sebagainya, boleh lah cari pekerjaan yang stabil maksudnya dari segi gaji dan kehendak. Jangan takut dengan kebolehan dan keupayaan diri. Cakap dengan diri "Andai dulu aku pendiam, penakut, result tak power tapi sekarang aku boleh capai apa yang aku nak". Azam diiringi dengan doa boleh menambahkan keyakinan diri. Orang kata kalau tak dapat kerja lain jangan berhenti dulu sebab takut tak dapat mana-mana. Betul lah orang kata tu. 

Tapi sis lain sikit sebab sis tak pandai buat dua benda dalam satu masa. Sis tekad tak nak sambung kontrak JAIS dan level tawakkal hanya Allah yang tahu. Walaupun mak sis tak setuju dengan keputusan tu tapi sis memang yakin dengan keputusan sis sebab hati sis tak ada rasa risau atau serba salah tapi rasa tenang je . Dalam masa  yang sama sis dah ada plan A sampai Z😂.

1 June 2020 bermula la karier sis di syarikat logistik. Alhamdulillah rezeki Allah tak de yang boleh halang atau tahan.

ANTARA PELUANG PEKERJAAN GRADUAN DALAM BIDANG HALAL

1-Halal Executive pada 8 jenis industri boleh apply

Tips dia search google "Halal Vacancy" biasanya dekat Indeed.com banyak. Kalau lebih rajin buat walk in interview.

  • Food & Beverage
  • Food Premise
  • Slaughterhouse
  • Logistics
  • Cosmetic
  • Pharmaceutical
  • Consumer Good 
  • Medical Device

2-Halal Consultant

3- Lecturer

  • Cara apply lecturer adalah search di google kolej yang menawarkan kos Industri Halal. kalau Degree boleh lah mohon kolej swasta. Masuk dalam website kolej tu, klik sahaja pada ruang kerjaya.
  • Antaranya:- 
    • kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ)
    • Kolej BaitulMal MAWIP
    • Misdec
    • Kolej Murni
Lastly, korang boleh like page halal vacancy di facebook gambar 'hi halal' warna biru. Page ni memang bagus untuk cari kerja kosong atau maklumat tentang halal.

GAJI PERMULAAN UNTUK FRESH GRADUATE

Tips ni daripada boss sis sendiri, sis share dengan korang 

1- Selidik jenis company samaada kecil, sederhana atau besar.

2- Selidik tempat company samaada bandar atau luar bandar.

Kebiasaannya rate halal fresh graduate with zero experience RM 2.3K bagi company di kawasan bandar. Minimum RM 1.8K.

Lastly, semoga bermanfaat pada semua yang baru melangkah ke alam pekerjaan.


DREAMING BECOME TRUE

Weaning Off Journey

  Haishh dah lama sis tak menaip Topik kali ni more to parenting journey. sebab life sis dari single, wife, and now dah jadi mom to beloved ...