Assalamualaikum...
Hari ni hari special sikit untuk husband sebab birthday dia💑. Setiap tahun setakat ni tak pernah miss lagi buat suprise dekat dia, alhamdulillah atas nikmat berkongsi rezeki dengan suami. Korang nak tahu tak sejarah dia jatuh hati mula-mula dengan sis sebab apa? sebab sis suprise kan die dengan order suprise delivery yang ada coklat dengan hot air ballon tu dekat dia masa bercinta dulu la.
Okay kita balik pada cerita suprise birthday dia tahun ni sis planning nak celebrate dengan kawan-kawan lepak dia. sebab apa? sebab dia cakap dia dah lama tak lepak semenjak dah ada anak. Sis nampak dia stress bila kawan-kawan dia ajak lepak tapi dia akan reject atas faktor rahsia, ahahaha..
Setelah sebulan memikir nak celebrate dekat mana, sis pun decide buat dekat cafe je la, planning awal nk buat concept picnic tu yang tepi tasik lepastu sis memikir anak yang baru 5 bulan, lepastu terfikir nak buat dekat rumah upah deko tapi sis kene provide makanan, mmmm malas pulak dengan nak ikut mood anak yang kadang cranky kadang okay. At the end, buat dekat cafe yang boleh serve makanan dengan deco.
Mula-mula sis ada simpan nombor tel sorang kawan husband, then ws dia bagitahu nak buat suprise tapi nak semua ada. Sis pun buat la group ws bincang punye bicang tak dapat la nak buat tarikh birthday dia sebab masing-masing sibuk bekerja, memang susah ea nak berkumpul sebba diorang kerja hospital ada shift, so terpaksa la buat awal.
korang nak tahu tak apa jadi?. selama seminggu tu husband tak de pun tengok hp sis. okay selamat la ni tak payah delete corversation ws, then 3 hari sebelum kejadian boleh pulak time tu tengah main dengan anak sis pergi amndi dia buka phone sis tengah baca ws, sabar je la. Sis yang tersuprise, hampeh betul tapi planning tetap diteruskan. Sebenarnya sis tak tahu nk react macam mana lepas dari tu. Jadinya kawan-kawan2 dia tak tahu yg husband dah tahu diorang ada😂
Sampai hari yang dijanjikan, cakap dekat husband malam ni kita pergi makan luar ea. Dia pun dengan muka tak bersalah tanya nak makan kat mana? padahal dia dah tahu, sabar je la. So, sis share sikit kenangan malam tu, apapun Happy Birthday abang yang ke-18, semoga abang dimurahkan rezeki yang berkat dan ucapan selebihnya dekat ws ye💖.
Birthday cake baskin robbin tap kalau nak order dekat cafe pun boleh tapi tak de yang whole cake.
Yang ni boleh tengok design deco dan brp orang yg korg nak
Ni la kawan-kawan lepak aka gossip dia dari bujang
Masa tengah lepak tu ada kawan husband cakap juga "best kan kalau birthday kita sambut berlatar belakangkan gunung ke candle light dinner ke". Sis ye kan je la, ahahaha tapi sis faham maksud dia suruh husband suprise kan sis pulak. Tapi satu je sis nak husband tahu orang luar akan nampak apa yang dia nampak, yang kebahagiaan, kesedihan, kesusahan, kemanisan, pengorbanan tu hanya keluarga kita yang tahu iaitu suami isteri. Sis tahu dimana sweet nye husband sis tapi itu rahsia😅
Maysan & laundry Cafe ni dekat setia alam, tempatnya ada laundry dan makan dekat belah atas, cantik tempatnya, selesa kalau nak buat event celebration, korang boleh search google and book dekat link instagram dia. Harga memang affordable, mostly western food.
Last dari sis, balik je dari lepak tu mood husband sis happy banyak bercakap dan happy la. Sebenarnya apa yang kita belajar adalah kita kene priority kan yang mana patut diutamakan. isteri dan anak, In shaa Allah isteri utamakan suami dari segala hal dan hidup lepas kawen kita kene pandai bahagikan masa bersama suami isteri, dengan anak dan masa bersosial. Kalau tak dapat seimbangkan, hidup dan mood kita tak dapat nak refresh. Malas la cakap lebih sebab baru setahun jagung kahwin😅